[VIDEO] Warga Malaysia Di Jepun Ditahan Selepas Curi Duit & Kad Kredit Berjumlah RM30,000
Difahamkan, kejadian berlaku di sebuah kelab bola keranjang di Bandar Takatsuki, Osaka.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang tenaga pengajar separuh masa warga Malaysia ditahan kerana mencuri wang dan kad kredit bernilai RM30,000
Menerusi laporan ANNnews, polis memaklumkan suspek merupakan seorang guru separuh masa warganegara Malaysia di sebuah sekolah tinggi di Jepun.
Suspek telah ditahan kerana tindakan mencurigakan mencuri wang dan kad kredit yang diambil daripada barangan yang ditinggalkan di tepi sebuah gelanggang bola keranjang.
Jumlah nilai wang tunai dan kad kredit yang dicuri itu mencecah lebih 1 juta yen (RM30,000).
Suspek dilihat mencuri selepas duduk berhampiran barangan yang ditinggalkan di tepi gelanggang bola keranjang
Menerusi sebuah rakaman video, suspek dilihat memasuki dewan gelanggang bola keranjang tersebut dan dilihat duduk berhampiran barangan yang ditinggalkan di tepi.
Menurut mangsa kecurian terbabit, suspek dapat dilihat menyelongkar beg miliknya sambil mengambil beberapa barang daripada beg tersebut.
Bagaimanapun, suspek menafikan antara tuduhan yang diberikan antaranya berkaitan wang tunai yang dicuri.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!