seismik

Pencipta Lagu Hening Rindu, Ikhwan Fatanna Tak Jangka Menang AJL Selepas Bertahun Berkarya

Marsha dinobat juara Anugerah Juara Lagu ke-39 dengan lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh.

Cover image via TV3 Malaysia

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Komposer dan penulis lirik lagu Hening Rindu, Ikhwan Fatanna sama sekali tidak menyangka lagu ciptaannya itu akan memenangi Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39)

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Ikhwan meluahkan perasaan gembira dan bersyukur apabila berjaya mendakap trofi AJL39 selepas bertahun berkarya dalam industri.

"Sesuatu yang tak pernah dijangka, setelah bertahun-tahun berkarya demi mencari rezeki dalam industri, Alhamdulillah, Allah kurniakan anugerah dan penghargaan ini.

"Terima kasih semua yang mendoakan saya selama ini. Tuhan sajalah yang tahu betapa saya amat menghargai kalian," tulisnya.

Image via TV3 Malaysia

Gembira dapat membawa sahabat dan komposer bersama, Wan Saleh ke pentas AJL39

Ikhwan turut menyatakan penghargaannya kepada penyanyi lagu tersebut, Marsha kerana telah membawakan lagu itu dengan penuh penghayatan di pentas AJL39.

"Terima kasih Marsha kerana telah memberikan persembahan yang terbaik sehingga satu malaysia menangis bersama Hening Rindu malam ni," tulisnya.

Tambahnya, dia turut bersyukur kerana berjaya bawa komposer bersama, Wan Saleh ke pentas AJL39 mendakap trofi Juara Lagu.

"My partner Wan Saleh, akhirnya tercapai cita-cita aku nak bawak kau bersama di pentas AJL," ujarnya di Instagram.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: