Rakyat Malaysia Dijangka Berpuasa Tanpa Hujan, Cuaca Panas & Kering Berterusan Tahun Ini
Bulan puasa dan cuaca panas adalah best friend.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Memasuki fasa pengakhiran Monsun Timur Laut yang berakhir pada pertengahan Mac, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca di Malaysia akan menjadi lebih panas dan kering
Menerusi laporan Buletin TV3, Ketua Pengarahnya, Mohd Hisham Mohd Anip berkata kawasan utara Semenanjung seperti Perak, Pahang dan Kelantan terutamanya dijangka mengalami litupan awan dan taburan hujan yang berkurangan.
"Ketiadaan hujan dalam tempoh panjang boleh menyebabkan suhu meningkat melebihi 35°C pada waktu siang. Bacaan tertinggi setakat ini dicatat di FELDA Teloi Kanan, Baling, Kedah dengan suhu 36.1°C pada 11 Februari lalu.
"Pengaruh La Nina yang lemah ketika ini dijangka membantu mengurangkan impak haba ekstrem berbanding tahun lalu," katanya.
Tambahnya, fenomena itu adalah kejadian berulang setiap tahun bermula bulan Februari hingga bulan Mei namun keadaan tahun ini dijangka tidak seteruk berbanding tahun 2024.
Selari dengan kehadiran bulan Ramadan, orang ramai disarankan membuat persediaan menghadapi fenomena ini
MetMalaysia turut memberi amaran mengenai kemungkinan berlakunya gelombang haba dan jerebu dalam tempoh berkenaan.
"Semua pihak dinasihatkan supaya mengambil langkah penjimatan air serta mengelakkan sebarang pembakaran terbuka.
"Kami menyarankan orang ramai mengehadkan aktiviti luar dan sentiasa peka terhadap keadaan cuaca bagi mengelakkan risiko kesihatan akibat cuaca panas," kata Mohd Hisham.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!