Driver Susah Sediakan Duit Syiling, Penumpang Dipaksa Bayar Lebih 40 Sen Untuk Tiket Bas
40 sen tu kalau kumpul setiap hari 10 tahun dah boleh dapat PS5 secondhand.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Walaupun tiket yang dipaparkan adalah RM6.60, seorang pengguna diminta membayar tambang dengan harga RM7
Menerusi sebuah hantaran di Facebook, seorang pengguna mendedahkan dia telah disuruh untuk membayar harga tambang RM7 walaupun harga sebenar yang dipaparkan adalah RM6.60.
"Saya pergi KTM Seremban, diminta tambang RM7. Bila dapat resit, itu pun kena minta, baru dapat, tak minta memang tak bagi, saya tengok harganya RM6.60 je.
"Driver cakap susah nak sediakan banyak-banyak syiling, kebanyakan penumpang juga tak bawa syiling," tulisnya.
Alternatif lain untuk membayar secara tanpa tunai juga dikatakan tidak berfungsi
Tambahnya lagi, cara bayaran menggunakan kad juga tidak dapat dilakukan apabila mesin pengesan kad didapati tidak berfungsi.
"Selain daripada itu, mesin paywave juga tidak berfungsi. Bila saya sentuh dengan kad kredit, terus papar mesej 'payment cancelled'.
"Driver cakap sistem belum siap lagi, network coverage pun kurang menyeluruh, kejap ada kejap tak ada, susah juga," tambahnya.
Perkara ini menimbulkan perbincangan antara netizen di dalam hantaran tersebut. Kebanyakannya dilihat bersetuju dengan apa yang dinyatakannya.
Lihat antara komen di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!