seismik

"Saya Dah Lama Tak Bawa Kereta" - PMX Santai Bawa Erdogan Pusing Naik SUV EV Togg T10X

Difahamkan, kereta berkenaan merupakan hadiah daripada Erdogan simbol komitmen kedua-dua negara.

Cover image via Anwar Ibrahim (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular video di media sosial memaparkan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim bawa Presiden Turkiye, Erdogan berjalan-jalan menaiki SUV EV Togg T10X

Menerusi video yang disiarkan di laman Facebook rasmi Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dilihat santai membawa Erdogan 'jalan-jalan' menaiki SUV EV Togg T10X.

"Santai-santai pandu kereta, bawa Presiden Erdogan dari Perdana Putra ke Seri Perdana semalam. Lepas ini boleh bawa Azizah," tulisnya di Facebook.

Erdogan telah menghadiahkan kereta elektrik buatan Turkiye tersebut kepada negara

Menerusi sebuah hantaran di Facebook Anwar Ibrahim, beliau memberitahu kereta berkenaan merupakan hadiah daripada Erdogan simbol komitmen kedua-dua negara melihat peluang kerjasama dalam pelbagai bidang.

"Pemberian tersebut mencerminkan komitmen tegas kedua-dua negara untuk tangkas meneroka peluang kerjasama dalam pelbagai bidang, samada di lapangan teknologi, inovasi dan automotif.

"Malaysia dan Republik Türkiye akan terus memperkukuh dan memanfaatkan persahabatan erat yang terjelma serta memungkinkan lembaran baharu dalam hubungan strategik yang pastinya memberi manfaat kepada kedua-dua negara," tulisnya.

Lihat video tersebut di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: