seismik

Shuib Akui Berdepan Hutang Puluhan Juta Ringgit Babitkan Kastam, PERKESO & Cukai

Walau bagaimanapun, Shuib memberitahu perniagaannya masih dalam keadaan yang baik.

Cover image via Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selebriti dan pelawak tempatan, Shuib mengaku berdepan hutang puluhan jutaan ringgit membabitkan perniagaannya

Menerusi laporan Harian Metro, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 41, memberitahu krisis hutang yang dihadapinya itu melibatkan agensi kerajaan seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan cukai.

"Inilah risiko dan ujian dalam berniaga. Kalau berniaga kecil-kecil tidak pening sangat. Tetapi apabila perniagaan besar, memang ada cabarannya.

"Apabila jualan sudah capai puluhan ribu ringgit, kita rasa besar. Kemudian, ratusan ribu ringgit, sekarang, berjuta-juta ringgit, jadi risikonya pun besar. Tiada niaga juta-juta, risikonya kecil. Kata orang, besar periuk besarlah keraknya,"
katanya.

Shuib

Image via Free Malaysia Today

Shuib menegaskan perniagaannya masih dalam keadaan yang baik

Tambah Shuib, apa yang perlu dilakukannya adalah untuk mengurus dan merancang dengan baik pada masa depan di samping memberitahu perniagaannya masih dalam keadaan yang baik.

"Kalau tersalah urus dan rancang, memang berdepan risiko, tetapi saya okay saja. Jika ahli perniagaan, perkara ini adalah normal. Baru hebat niaga juta-juta ringgit.

"Saya takkan berhenti dengan rasa yakin. Saya pegang satu saja, selagi tidak berhenti, kita belum gagal. Perniagaan saya masih berjalan.

"Banyak benda kena betulkan. Saya sebenarnya tidak pandai dan hanya budak kampung. Tetapi Allah bagi rezeki. Saya anggap satu anugerah. Tahu atau tidak, kena buat jadi tahu,"
katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: