Wanita Gugur Kembar, Perawat Lelaki Ketuk Badan Guna Kayu Bidara & Masuk Jari Dalam Vagina
Dr. Imelda Balchin kongsi pengalaman pahit yang dialami pesakitnya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Gugur kembar pertama, seorang pesakit wanita dedah pernah mendapatkan 'rawatan tradisional' yang melampau
Menerusi perkongsian Dr Imelda Balchin di Facebook, dia berkongsi kisah di mana dia mendapat tahu pesakitnya yang telah gugur kembar pertama, diambil kesempatan oleh penunggang 'rawatan ala-Islam' sebelum ini.
Perkongsian itu mendedahkan perawat tersebut dikatakan telah melakukan gangguan seksual terhadap pesakit berkenaan.
"Hari ini baru diceritakan pengalaman pahit di klinik ‘rawatan ala-Islam’ itu beberapa tahun dulu. Katanya apa perawat lelaki itu buat ialah ketuk-ketuk badan dia dengan kayu bidara dan mandikan dia dengan air jampi.
"Patient saya disuruh pakai baju T-shirt saja dengan kain tanpa seluar dalam. Kemudian dimandikan dengan ‘air jampi’ dari atas sampai bawah, diraba-raba sehingga masuk jari ke dalam vagina sebab mahu lalukan air itu ke dalam vagina," tulisnya.
Diberitahu untuk membuat laporan polis tetapi pesakit buat keputusan ingin lupakan sahaja kisah lampau
Tambahnya lagi, Dr, Imelda memberitahu ingin pesakitnya membuat laporan polis kerana itu adalah satu jenayah.
"Saya nak patient buat report polis, tetapi macam mana nak buat bila benda ini berlaku bertahun-tahun dulu, dan patient kata dia nak lupakan saja kisah yang lampau.
"Sekarang dia nak fokus menjaga anaknya yang berusia dua tahun. Tetapi saya marah, mesti orang itu sudah ada ramai mangsa.
"Jika ada lagi anda yang melalui ‘rawatan ala-Islam’ sebegini, saya mahu anda buat laporan polis. Saya nak ramai mangsa rawatan cara ini buat report polis," ujarnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!