seismik

Pentas CSOIAM Kini Sampai Ke Kemuncak, 4 Finalis Bakal Rebut Ganjaran Utama RM1 Juta

Saksikan pentas akhir CSOIAM secara langsung di TV3 dan Tonton 9 malam ini.

Cover image via TV3 Malaysia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pentas Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) kini sampai ke kemuncaknya menampilkan empat finalis bakal berentap mendakap gelaran juara membawa pulang ganjaran RM1 juta

Selepas tujuh minggu berlalu kini hanya tinggal empat finalis iaitu Kai Deva, Marygrace, Jimi dan Zazzleen yang bakal berentap di pentas final CSOIAM.

Pentas akhir CSOIAM juga menampilkan kemunculan istimewa Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang bakal melakukan persembahan istimewa membuka pentas final pada malam ini.

Tidak ketinggalan, ratu rock tanah air, Ella dan naib juara musim pertama OIAM, Faizal Tahir juga turut bakal membuat penampilan khas membuat persembahan pada malam ini.

Image via TV3

CSOIAM bukan sahaja menggilap bintang baharu malah mencipta sejarah melakukan transformasi bersama penonton

TV3 dalam sebuah kenyataan menyebut, penonton CSOIAM bukan sahaja dapat menyaksikan pertarungan vokal sengit antara peserta malah berpeluang memenangi kenderaan Peugeot Landtrek baharu setiap minggu selain menebus lebih 50,000 tin Calpis Soda secara percuma melalui aplikasi MyNews.

Tambahan lagi, pembabitan audiens yang tinggi telah menjadikan CSOIAM rancangan hiburan paling hangat diperkatakan tahun ini.

Image via Fly FM

Bertemakan 'Malam Paling Fizz!', pentas akhir CSOIAM bakal menyaksikan finalis turut merebut ganjaran kereta Peugeot 408 GT, wang tunai RM500,000, kontrak rakaman bersama Alternate Records dan lagu baharu yang akan digubah serta diterbitkan bintang muzik Indonesia, Ade Govinda

Selain bakal mempersembahkan lagu baharu yang dicipta khas malam ini, persembahan finalis akan dinilai juri jemputan istimewa, penerbit dan pelakon terkenal dari Indonesia, Nicholas Saputra dan Faizal Tahir.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) dan Primeworks Studios (PWS), Nini Yusof bangga atas kejayaan luar biasa CSOIAM mengangkat industri muzik tempatan ke tahap lebih tinggi.

"Ini adalah perjalanan penemuan dari sebuah pencarian, inspirasi dan transformasi. CSOIAM telah memberikan Malaysia sebuah pentas untuk menyerlahkan bakat luar biasa dan kecintaan terhadap muzik.

"Malam kemuncak CSOIAM bakal menjadi satu detik bersejarah dan suatu keraian bagi permulaan baharu. Kami amat berterima kasih kepada rakan strategik kami, Etika Sdn Bhd dan semua jenama yang merealisasikan program ini,"
katanya.

CEO Etika Sdn Bhd untuk Malaysia, Singapura dan Brunei merangkap Penerbit Eksekutif CSOIAM, Santharuban Thurai Sundaram berkata syarikat percaya pentas hiburan mempunyai kuasa luar biasa untuk menyatu, memberi inspirasi dan mencipta hubungan berkekalan.

"CSOIAM bukan hanya mengenai persaingan, sebaliknya, malam penuh makna di mana bakat, dedikasi dan semangat diraikan. Melihat transformasi peserta di pentas ini adalah suatu perjalanan luar biasa.

"Kisah mereka menghidupkan kembali kecintaan rakyat Malaysia terhadap muzik, kreativiti dan aspirasi bersama. Musim ini bukan sahaja menemukan bakat luar biasa, malah, menyatukan komuniti yang meraikan setiap pencapaian,"
katanya.

TV3 dalam kenyataan menambah, perjalanan finalis yang kecundang bagaimanapun tidak berakhir malam ini.

"Pelbagai inisiatif dirancang untuk membantu mereka meningkatkan kemahiran dan melonjakkan kerjaya muzik ke peringkat yang lebih tinggi. Finalis akan terima bimbingan eksklusif daripada pakar industri terkemuka.

"Selain itu, kita memperkasakan bakat mereka dalam aspek teknik vokal, penguasaan pentas dan penjenamaan peribadi. Lebih menarik, mereka bakal menikmati pengalaman bertaraf antarabangsa di mana finalis akan mengikuti kelas induk eksklusif bersama penerbit J-pop terkenal.

"Tidak cukup itu, peserta akan diberi pendedahan dengan siri vlog eksklusif di sebalik tabir yang menceritakan selok belok perjalanan dalam industri muzik dunia. Sebagai kemuncak kepada perjalanan luar biasa ini, finalis akan bekerjasama dengan Ade untuk menerbitkan single dan muzik video eksklusif,
" katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: