seismik

Kemunculan Semula KRU Di Calpis Soda OIAM Mengimbau Nostalgia Rap & Hip-Hop Zaman 90-an

Ditubuhkan pada tahun 1992, kumpulan KRU popular dengan menggabungkan elemen pop dan hip-hop.

Cover image via @CalpisSodaOIAMTV3 (Instagram)

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pentas Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) menjadi lebih meriah dan penuh energi dengan persembahan luar biasa dari kumpulan penuh nostalgia, KRU sebagai penutup acara

KRU menghidupkan suasana dengan gaya mereka yang unik dan penuh semangat menerusi lagu-lagu hit mereka, antaranya Voodoo, Terhangat Di Pasaran, dan Fanatik yang sudah lama menjadi kegemaran ramai, menyemarakkan lagi malam penuh kejutan itu. 

Dengan koreografi yang mantap dan persembahan visual yang memukau, KRU berjaya mencuri perhatian dan memastikan semua yang hadir terpesona, mengembalikan semula demam KRU.

Ditubuhkan pada tahun 1992, kumpulan KRU popular dengan menggabungkan elemen pop dan hip-hop. 

Menerusi persembahan ‘comeback’ mereka eksklusif di TV3, ia memberi para peminat peluang untuk menyaksikan perkembangan terkini projek muzik yang sedang diusahakan oleh mereka.

Kehadiran KRU di pentas ini bukan hanya sebuah penghormatan kepada warisan muzik mereka, tetapi juga membuktikan bahawa mereka tetap relevan dan terus berinovasi dalam industri muzik Malaysia.

Kejutan demi kejutan! Episod pertama CSOIAM menggegarkan dunia hiburan dan mencuri perhatian dengan aura luar biasa

Episod pertama CSOIAM mencatat permulaan yang penuh kejutan apabila daripada senarai 20 terpilih, hanya 14 peserta terbaik berjaya mara ke minggu kedua.

Dalam persaingan yang sengit, setiap peserta tampil habis-habisan, menonjolkan vokal yang mantap dan penghayatan yang cemerlang demi membuktikan mereka layak digelar ‘satu dalam sejuta’.

Namun, impian terpaksa berakhir lebih awal buat Yusriansyah, BFORE3, BOISOVER, Iqmal Romi, Esther, dan Jill Gaisah, yang terpaksa akur dengan keputusan minggu ini.

CSOAIM menjadi bualan utama diseluruh negara dalam satu malam! Persembahan memukau, penuh tenaga dengan kemunculan bekas juara-juara One In A Million dari musim-musim terdahulu, kemunculan ikon legenda KRU, serta aksi hebat 20 peserta luar biasa menjadikan malam pembukaan ini sebuah peristiwa epik yang melangkaui jangkaan!

Hashtag #OIAM terus melonjak ke trending nombor 1 di platform "X" dengan lebih 700 juta capaian di media sosial menjadikan CSOIAM bukan sekadar rancangan realiti tersohor, tetapi satu fenomena yang menyatukan peminat muzik tanah air.

Dominasi CSOIAM menguasai carta populariti!

CSOIAM mengungguli dari segi potensi dan jumlah capaian, membuktikan kemampuannya menarik perhatian penonton yang lebih luas di pelbagai platform. 

Dominasi ini mencerminkan pengaruhnya sebagai jenama yang mampu mencipta keterujaan dan daya tarikan yang besar. 

Namun begitu, anggaran tontonan yang lebih tinggi turut menunjukkan bahawa penonton bukan sahaja lebih aktif berinteraksi, menjadikan setiap pengalaman lebih bermakna dan berimpak.

Minggu Hadapan - Tema ‘Melodi Indah, Segar Membara’! - Lagu-lagu hit yang pernah mencuri hati suatu ketika dahulu, diberi nafas dan melodi baru yang segar. Mampukah peserta top 14 memukau juri dan penonton dengan X-faktor yang dinanti-nantikan?

Saksikan setiap detik mendebarkan ini secara eksklusif di TV3, jam 9.00 malam setiap Ahad, atau strim secara HD di Tonton melalui laman sesawang rasmi di http://tonton.com.my/calpissodaOIAMTV3.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan keajaiban peserta-peserta Top 14 ini secara langsung!

Jangan juga terlepas untuk merasai keterujaan sorotan eksklusif menerusi “Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal,” yang akan bersiaran setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam bermula 26 Disember.

Ikuti @CalpisSodaOIAMTV3 di semua platform media sosial untuk perkembangan terkini dan sertai kemeriahannya. 

Rasai kesegaran dan nikmati keunikan rasa yang menyegarkan bersama Calpis Soda, minuman susu kultur berkarbonat pilihan anda musim ini!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: