"Terngiang-Ngiang Mak Ngah Bagi Susu" - Che Ta Berduka Atas Pemergian Anak Zaquan Adha
Anak bongsu Ayu Raudhah dan Zaquan Adha itu dilapor meninggal dunia pada petang 11 Februari.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Che Ta kongsi perasaan sedih susulan berita pemergian anak bongsu Ayu Raudhah dan Zaquan Adha semalam
Berita itu dikongsi melalui Instagram Story Zaquan Adha memberitahu anaknya, Muhammad Aisy Al Raees yang baru berusia enam bulan telah meninggal dunia.
Kakak kepada Ayu Raudhah iaitu Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Che Wan turut kongsi perasaan pilunya di Instagram memberitahu rasa rindunya terhadap anak saudaranya itu.
"Ya Allah, ya Tuhanku, pilunya dan teramat sedih berita yang kuterima. Kuatlah kami ya Allah.
"Terngiang-ngiang masa mak ngah bagi susu, pergilah sayang," tulisnya.
Che Ta turut mengingatkan pihak media untuk beri ruang kepada Ayu dan Zaquan
Menerusi hantaran Instagram Story Che Ta, dia turut mengingatkan media supaya memahami situasi yang dialami Ayu dan Zaquan untuk tidak mengganggu mereka buat masa ini.
"Mohon semua pihak media bagi ruang kepada Ayu dan Zaquan.
"Tolong fahami situasi yang sangat-sangat sedih ini, cukuplah kami dah bagi statement di @jaydeesm, tak perlulah datang terjah.
"Terima kasih kerana memahami situasi kami saat ini," tulisnya.
Jenazah bayi Muhammad Aisy Al Rees telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Tuan Haji Said 9.30 pagi tadi
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!