seismik

Taman Tema Genting SkyWorlds Tawar Tiket Serendah RM36 Sampai 31 Ogos 2025 - "Murah GILA!"

Confirm jem Genting nanti.

Cover image via Klook

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bermula 8 Februari hingga 31 Ogos ini, pengunjung taman tema Genting SkyWorlds boleh mendapatkan tiket murah serendah RM36

Sempena sambutan Diamond Jubilee, Resorts World Genting (RWG) telah menawarkan harga tiket yang murah buat pengunjung taman tema Genting SkyWorlds.

Hanya dengan RM36 (harga biasa RM84), warga Pahang boleh mendapatkan tiket masuk dengan harga tersebut dengan pembelian secara walk-in.

Bagi warganegara yang bukan dari Pahang, anda juga ditawarkan tiket murah dengan harga RM60 (harga biasa RM168).

Tawaran dilakukan sempena sokongan tak terhingga kepada RWG selama 60 tahun

Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam RWG, Spencer Lee berkata, tawaran istimewa ini adalah sempena sokongan yang tak terhingga diterima resort itu sejak 60 tahun yang lalu.

"Kami berbesar hati untuk menawarkan harga tiket masa terhad yang tiada tandingan ini buat pengunjung taman kali pertama dan peminat taman tema ini untuk sama-sama merasai pengalaman taman tema kami yang telah memenangi pelbagai anugerah ini!

"Tawaran istimewa ini dilanjutkan sebagai pengakuan atas sokongan dan naungan yang tidak berkesudahan diterima oleh resort ini sejak 60 tahun yang lalu tahun," katanya.

Bermula 18 Februari ini, taman tema Genting SkyWorlds akan beroperasi bermula 10 pagi hingga 6 petang setiap hari kecuali hari Selasa, tetapi akan dibuka jika jatuh pada cuti umum.

Untuk maklumat lanjut, sila layari gentingskyworlds.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: