seismik

Amalan Pada Malam Nisfu Syaaban Bidaah Atau Tidak? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Semoga semua mendapat kefahaman dan keberkatan.

Cover image via Kashoorga

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sudah pasti ramai yang tahu tentang kebaikan malam Nisfu Syaaban di mana umat Islam digalakkan melakukan ibadah dan amalan sunat

Namun, ada juga timbul persoalan di mana adakah antara amalan-amalan yang diamalkan itu termasuk dalam perkara bidaah?

Dalam artikel ini kami akan kongsikan perkara yang anda perlu tahu tentang persoalan yang timbul ini.

Image via giphy.com

Ustaz Azhar Idrus perjelas amalan membaca surah Yassin pada malam Nisfu Syaaban

Timbul persoalan di mana ada yang bertanya tentang kewajipan membaca surah Yassin pada malam Nisfu Syaaban.

Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus tampil memberi penjelasan berkenaan persoalan ini menerusi ceramah yang diadakannya.

"Tidak ada satu hadis pun yang menetapkan amalan pada malam Nisfu Syaaban, yang ada di dalam hadis, dinyatakan bahawa pada malam itu ada satu kelebihan, kelebihannya adalah Allah buka rahmat yang luas dan Allah ampunkan dosa.

"Maka, para ulama berkata apa sahaja amalan pada malam Nisfu Syaaban boleh dilakukan dan akan mendapat pahala di akhirat nanti.

"Amalan membaca surah Yassin adalah daripada ulama yang berasal dari Yaman, lalu dibawa ke negara ini, namun hukumnya bukan wajib, kerana itu hanyalah amalan mereka. Kita buat amalan lain pun tidak ada masalah," jelasnya.

@hatorisohma3 لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT melihat pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”. [Riwayat Ibn Majah, no. Hadith 1380] Imam al-Zahabi mengatakan hadith ini dhaif disebabkan terdapat pada sanadnya Ibn Lahi’ah. [Lihat: Talkhis al-‘ilal al-Mutanihiyah, 184]#janjiallahitupasti #niatkeranaallah #mencariredhaallahdanrasul #ustazazharidrusofficial original sound - Hatori Sohma

Menurut Jabatan Mufti Selangor pula, amalan malam Nisfu Syaaban tidak boleh dihukumkan sebagai bidaah

Menurut sebuah kenyataan daripada Jabatan Mufti Negeri Selangor, amalan yang sering diamalkan oleh umat Islam selama ini pada malam Nisfu Syaaban sama sekali tidak boleh dihukumkan bidaah kerana ia telah menjadi amalan ulama muktabar sejak dahulu.

"Malam tersebut adalah salah satu malam mustajab doa, ada dinyatakan dalam kitab karangan Imam al-Syafie dalam bab ibadah pada malam dua hari raya.

"Berkata Imam al-Shafie : Sampai kepada kami bahawa ada dikatakan doa akan diterima pada lima malam; pada malam Jumaat, malam Hari Raya Qurban, malam Hari Raya Puasa, awal malam dari bulan Rejab dan malam pertengahan bulan Syaaban (malam Nisfu Syaaban).

" Ia juga merupakan persoalan khilafiah iaitu perkara ijtihadiyyah dan tidak boleh sama sekali dihukumkan bid’ah kerana amalan tersebut telah diterima dan menjadi amalan ulama’ muktabar sejak dahulu," tulis kenyataan itu.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Detik Hikmah

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menegaskan menghidupkan malam Nisfu Syaaban bukanlah satu perbuatan bidaah malah ia tergolong dalam kategori amalan mustahabah

Menurut sebuah kenyataan daripada JAKIM, menyambut malam Nisfu Syaaban dengan mengamalkan pelbagai ibadah yang membawa kepada keredhaan Allah dan keampunan adalah sunat atau mustahab hukumnya.

"Cara yang biasa dilakukan dalam menghidupkan malam Nisfu Syaaban ialah dengan membaca surah yasin tiga kali selepas solat maghrib dan setiap kali lepas membaca yasin mereka membaca doa.

"Pada bacaan yasin kali pertama diniatkan dengan memohon panjang umur, pada bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon agar dijauhkan daripada bala dan pada bacaan kali ketiga diniatkan memohon rezeki yang halal. Cara begini memang digalakkan dalam Islam.

"Justeru, menghidupkan malam nisfu sya’ban ini bukanlah satu amalan bida’h bahkan ianya tergolong dalam kategori perkara-perkara mustahabah atau sunat," tulis kenyataan itu.

Dalam pada itu, JAKIM turut memberi peringatan kepada umat Islam supaya tidak terjerumus dalam melakukan perkara-perkara bidaah seperti solat sunat nisfu sya’ban kerana tiada sabit dalam syarak sama ada dari nas al-Quran ataupun hadis Nabi Muhammad SAW.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: