seismik

"Keluarga Malaysia Yang Sebenar" - Family Campur 3 Bangsa Makan Malam CNY Cakap 4 Bahasa

Power anak-anak dia nanti macam-macam bahasa boleh cakap.

Cover image via Hajar Hanif (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular sebuah video sebuah keluarga campur tiga bangsa Melayu, Cina dan India dan makan malam bersama pada sambutan Tahun Baru Cina lalu

Menerusi video perkongsian Hajar Hanif di Facebook, dia berkongsi bagaimana suasana makan malam Tahun Baru Cina bersama ibu bapa suaminya.

Apa yang menarik adalah, mereka menggunakan empat bahasa iaitu bahasa Tamil, Inggeris, Hakka dan Melayu.

"Ianya bukan sesuatu yang mudah, tapi kami tetap mencuba, jika suami fasih bercakap dalam enam bahasa, saya harap anak-anak akan mengikut jejaknya," tulisnya.

Wanita Melayu tersebut telah berkahwin dengan seorang lelaki 'Chindian' di mana ibu bapa kepada suaminya adalah masing-masing berbangsa India dan Cina

Sebelum ini, wanita itu pernah berkongsi bagaimana majmuknya keluarga mereka itu yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India.

Menerusi sebuah video perkongsiannya di Facebook, wanita Melayu berkenaan berkongsi dia telah berkahwin dengan seorang lelaki yang mempunyai ibu berbangsa India dan bapa berbangsa Cina.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: