seismik

"Sekolah Beroperasi Macam Biasa, Kantin Masih Dibuka Pada Bulan Ramadan" - Fadhlina Sidek

Difahamkan, KPM telah menyediakan garis panduan persekolahan semasa bulan Ramadan.

Cover image via FMT & Berita Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan waktu operasi sekolah dan pembukaan kantin sepanjang bulan Ramadan adalah seperti biasa

Menerusi laporan Berita Harian, Fadhlina Sidek memohon semua pihak untuk merujuk garis panduan Kementerian Pendidikan (KPM) berkaitan operasi sekolah semasa bulan Ramadan.

Menurutnya, kantin akan tetap dibuka dan waktu persekolahan akan beroperasi seperti biasa pada bulan Ramadan.

"Sekolah dan kantin sama beroperasi seperti biasa. Ramadan tetap macam biasa, nak balik awal pun bukan boleh buka puasa awal," katanya.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek

Image via Berita Harian

Bulan Ramadan bakal tiba selepas dua minggu sesi persekolahan 2025/2026 bermula

KPM telah menggariskan panduan untuk sekolah sesi petang yang mempunyai murid dan guru beragama Islam untuk menamatkan sesi seawal jam 5.30 petang bagi negeri di Semenanjung Malaysia.

Bagi sekolah sesi petang di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, waktu tamat sesi persekolahan adalah pada jam 5 petang.

Tambah Fadhlina, pihaknya mengambil maklum jika ada keperluan khas bagi isu tertentu yang perlu dilakukan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: