[VIDEO] Dua Beradik Cedera Selepas Tersadung Berasak-Asak Rebut Tapak Bazar Ramadan
Difahamkan, kejadian berlaku di Dewan Jubli Intan, Muar.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Demi mendapatkan tapak bazar Ramadan yang terhad, dua beradik cedera setelah berasak berebut mendapatkan nombor undian di Kampung Tengah
Menerusi laporan Harian Metro, dua beradik, Najwa dan adiknya Natasha cedera selepas tersadung ketika berasak-asak bagi mendapatkan nombor undian tapak bazar Ramadan.
Menurut Najwa, sebaik mereka tiba di lokasi seawal jam 4 pagi, dia mendapati orang ramai telah memenuhi di hadapan pintu utama menunggu ia dibuka.
"Sewaktu saya jatuh, saya tak sedar sama ada kena pijak atau tidak. Saya tak perasan ada orang yang rakam video saya terjatuh hingga saya dimaklumkan perkara itu.
"Dalam keadaan sakit, saya kuatkan diri dan terus bangun serta meneruskan larian semata-mata nak dapat nombor undian tapak," katanya.
Hampir 300 orang dikatakan hadir tetapi tapak yang tersedia hanyalah sebanyak 113 lot
Peniaga yang menjual lauk-pauk itu mengatakan tabak bazar yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Muar (MPM) di Kampung Tengah hanyalah sebanyak 113 lot dengan kadar sewa RM200 sepanjang Ramadan.
"Yang datang hampir 300 orang, tapi tapak disediakan 113 lot, jadi itulah yang menjadi rebutan peniaga. Malah, bazar Ramadan Kampung Tengah antara yang terkenal di Muar.
"Selepas insiden itu, saya terfikir kenapa saya terjatuh, tak ada siapa pun nak tolong kerana masing-masing fokus untuk dapatkan tapak.
"Insiden ini saya anggap asam garam dalam berniaga dan ia menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila," katanya.
Kejadian itu menyebabkan lutut Najwa koyak, namun keadaannya semakin pulih manakala adiknya hanya cedera di tangan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!