Mahu Sebar Kesedaran Jaga Kesihatan, Lelaki 38 Tahun Sanggup Daki Gunung Hanya Guna Tangan
Lelaki tersebut dalam perancangan untuk menghantar penyertaan dalam misi melakar sejarah dalam Guinness World Record (GWR).
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dengan hanya menggunakan tangan dalam keadaan handstand, seorang lelaki bertindak mendaki gunung-gunung popular di China dengan melakukan aksi luar biasa itu
Menerusi laporan Harian Metro, Sun Guo Shan yang juga umurnya 38 tahun memulakan cabaran luar biasanya untuk mendaki 50 gunung popular di China pada Mei tahun lalu.
Misinya itu kemudian tular apabila klip video dirinya mendaki puncak tertinggi Gunung Wudang di ketinggian 1,612 meter dengan hanya menggunakan tangan mendapat perhatian ramai.
"Setiap orang di China mempunyai impian seni mempertahankan diri di dalam hati mereka.
"Saya mahu menggunakan kaedah pendakian khas saya untuk melengkapkan 50 gunung terkenal di negara ini pada musim bunga ini," katanya.
Pada Disember lalu, Sun berjaya menawan 999 anak tangga Gunung Tianmen di Zhangjiajie, Wilayah Hunan China Tengah dalam masa lima jam.
"Ini adalah gunung ke-34 yang saya cabar dan paling sukar, membuatkan saya jatuh hampir seratus kali," kata Sun selepas tiba di puncak Gunung Tianmen.
Sun melakukan perkara tersebut dengan tujuan beri kesedaran tentang kesihatan susulan pandemik Covid-19
Pernah bekerja dalam sistem pendidikan sebelum ini, Sun menyedari kepentingan untuk memberi kesedaran tentang kesihatan susulan pandemik Covid-19.
Dia kemudiannya nekad menyampaikan mesej tentang kesedaran kesihatan di samping mengagumi pemandangan pergunungan negaranya dengan cara yang unik.
Sun berkata dia dalam perancangan untuk menghantar penyertaan dalam misi melakar sejarah dalam Guinness World Record (GWR).
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!