Anak Jadi Pembakar Semangat, Ibu Tunggal Mahu Capai Impian Di Pentas Calpis Soda OIAM
Uji bakat Calpis Soda One In A Million menjadi titik permulaan baharu dalam hidupnya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Uji bakat Calpis Soda One In A Million sememangnya mendapat sambutan yang luar biasa kali ini
Kita boleh lihat pelbagai orang dengan latar belakang yang berbeza pada sesi uji bakat yang diadakan. Malah, ada juga yang sudah lama menaruh harapan dan mahu membuktikan impian mereka mampu tercapai dalam uji bakat ini.
Salah seorangnya adalah seorang ibu tunggal yang bernama Hasinta Binti Ramlee, 35 Tahun yang berasal dari Putatan, Sabah.
Bekerja sebagai penjawat awam di jabatan perangkaan Malaysia negeri Sabah. Beliau mempunyai seorang anak lelaki berusia 5 tahun.
Difahamkan, beliau pernah mendirikan rumah tangga, namun perkahwinan tersebut tidak bertahan lama.
Image via TV3 Malaysia
Sokongan dari ibu dan anak jadi pembakar semangat
Uji bakat Calpis Soda One In A Million telah menjadi titik permulaan baharu dalam hidupnya. Berjaya melangkah ke Top 100, ia menjadikan pencapaian beliau yang bermakna selepas melalui pelbagai cabaran, termasuk perpisahan dengan bekas suami.
"So far uji bakat hari ini semuanya berjalan lancar, syukur kehadirat illahi. Jujur saya tidak percaya saya lepas para juri mengatakan saya lepas ke next stage. Emosi saya juga apabila juri berikan peluang ini kepada saya.. Saya cuma mahu ucapkan terima kasih banyak atas peluang ini," katanya.
Bagi Sinta, sokongan dan dorongan daripada ibu dan anaknya yang membuatkan beliau untuk hadir dan menggapai impian yang sudah lama dipendam.
"Sememangnya yang buatkan saya kuat dan untuk datang adalah mereka..Saya tahu saya tak membuat persediaan yang cukup tetapi ibu saya memang orang yang paling kuat dorong saya," tambahnya.
Image via TV3 Malaysia
Pengalaman pahit bersama bekas suami bukan penghalang untuk beranikan diri datang uji bakat
Berkongsi tentang kisah rumah tangganya dahulu, Sinta memberitahu ia merupakan pengalaman yang pahit, namun sudah melupakannya dan mahu fokus pada kehidupan baru.
"Dulu, terdapat sedikit kepahitan dalam kisah lama kerana jodoh yang tidak panjang. Namun, kini semuanya telah berlalu dan saya telah sepenuhnya move on. Sekarang, saya ingin fokus mengejar impian dan cita-cita saya dan semuanya saya lakukan untuk anak dan ibu, terutama sekali untuk anak saya," katanya.
Malah, beliau juga memberitahu bahawa terdapat sedikit keganasan yang dibuat oleh bekas suami sebelum ini.
"Jika dia nampak saya keluar TV pastinya dia akan tahu cuma, bagi saya what past is past. Saya tiada dendam apa-apa lagi," katanya
Image via TV3 Malaysia
Beliau berkongsi sebab untuk bertahan bersama bekas suami adalah kerana anak dan percaya beliau boleh berubah. Tetapi apabila kerap terjadinya keganasan terhadap Sinta, beliau mengambil keputusan untuk bercerai.
Menurutnya, perancangan selepas ini jika terpilih hingga ke top 12, ingin mengubah cara hidup yang lebih senang.
"Semuanya ini adalah buat Ibu saya sudah pasti dan anak saya. Apa juga Ibu saya mahukan akan saya bagi sahaja. Tanpa Ibu saya memang tiada saya di sini.
"Saya satu-satunya dalam keluarga yang menyanyi, dengan 6 adik-beradik, seorang lelaki dan lima perempuan. Saya suka menyanyi sejak kecil kerana saya belajar bermain piano. Dulu saya tak sertai pertandingan atau persembahan kerana faktor keselamatan dan pada waktu itu masih terlalu kecil," katanya.
Image via TV3 Malaysia
Jangan lepaskan peluang ini dan hadir ke uji bakat Calpis Soda One In A Million yang ketiga di AEON Hall Aras 4, AEON Mall Shah Alam dan Blok D, Kompleks Perdanasiswa Universiti Malaya pada 16 & 17 November 2024 (Sabtu & Ahad), dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik mengenai Calpis Soda One In A Million:
Leave a comment