seismik

Khareez Tekad Lawan 'Anxiety', Buat Comeback Sertai Uji Bakat Calpis Soda OIAM Di Penang

Juara program nyanyian TV3, Lagu Cinta Kita 2 itu membuat kemunculan mengejut di sesi uji bakat Calpis Soda OIAM hari ini.

Cover image via TV3 Malaysia

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Juara program Lagu Cinta Kita 2 (LCK2) iaitu Khareez, membuat kemunculan mengejut di sesi uji bakat Calpis Soda One In A Million (OIAM) yang berlangsung di Sunshine Central, Pulau Pinang hari ini

Ingin melakukan 'comeback', Khareez berharap peluang di pentas Calpis Soda OIAM akan menjadi batu loncatan untuk dia mengembangkan karya sebagai penyanyi ke tahap lebih tinggi.

Katanya lagi, memegang gelagaran juara LCK2 bukan tiket untuk menyertai mana-mana pertandingan dengan mudah.

Juara program nyanyian TV3, Lagu Cinta Kita 2, Khareez.

Image via TV3 Malaysia

"Sekiranya terpilih dalam OIAM kali ini, saya berhasrat untuk mempersembahkan lebih banyak variasi dalam persembahan saya.

"Saya juga mahu mencabar diri dengan menyahut cabaran yang lebih besar di pentas yang lebih berprestij, untuk terus mengasah bakat dan menonjolkan versatiliti sebagai artis solo.

"Saya tak mahu ambil risiko untuk hadir di uji bakat di Kuala Lumpur, kerana bimbang jika ada halangan tak terduga pada minggu hadapan," katanya.

Anxiety bukan halangan Khareez untuk mencapai impiannya

Selepas memenangi LCK2, Khareez akur apabila sukar menempatkan diri dalam industri, namun tidak berputus asa. Sebaliknya akan berusaha keras untuk menempah nama dan ingin dikenali.

Meskipun mengalami masalah 'anxiety' sehingga berasa takut membuat persembahan di hadapan khalayak umum, namun keadaan itu tidak menghalang Khareez untuk mencapai impiannya.

"Bila orang mendengar tentang OIAM, biasanya mereka fokus pada hadiah utama RM1 juta, tapi saya melihatnya dengan perspektif yang berbeza.

"Hadiah itu memang rezeki, tapi tumpuan utama saya adalah untuk menyampaikan karya-karya saya kepada khalayak ramai.

"Saya berharap, dengan peluang ini, karier saya akan berkembang ke tahap yang lebih tinggi," kongsinya.

Image via TV3 Malaysia

Dalam pada itu, Khareez berkata sekiranya terpilih sebagai perserta OIAM musim terbaharu, dia akan menggunakan segala pengalaman di LCK2 bersama rakan duet dalam pertandingan itu, Nadeera Zaini.

Untuk rekod, Calpis Soda One In A Million terbuka kepada semua yang berusia lima belas tahun ke atas dari Malaysia dan negara jiran, menerima penyertaan sama ada secara solo, duo, atau kumpulan! Penyanyi yang mempunyai lagu ciptaan sendiri amat digalakkan untuk menyertai, selagi mereka tidak terikat dengan sebarang kontrak rakaman.

Uji bakat akan dijalankan secara dalam talian dan bersemuka. Untuk uji bakat dalam talian, peserta boleh memuat naik video nyanyian berdurasi satu minit di TikTok menggunakan tanda pagar #CalpisSodaOIAMTV3 dari 1 hingga 17 November 2024.

Jadi, bagi anda yang berbakat di luar sana, jangan lepaskan peluang ini dan hadir ke uji bakat Calpis Soda One In A Million yang ketiga di AEON Hall Aras 4, AEON Mall Shah Alam dan Blok D, Kompleks Perdanasiswa Universiti Malaya pada 16 & 17 November 2024 (Sabtu & Ahad), dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Image via TV3 Malaysia

Masih tidak terlambat bagi warga Sabah & Penang!

Cepat-cepat hadir ke Aras 5, Sabah International Convention Centre (SICC) dan Hotel Atrium, Sunshine Central Penang, Penang dari jam 10 pagi hingga 10 malam, 9 & 10 November ini!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain mengenai Calpis Soda One In A Million hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: