Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Anak Lelaki Tertinggal Ibunya Di R&R, Tersedar Ibu Tiada Selepas Pandu Hampir 200km

Nasib baik sedar, kalau tidak, dah sampai rumah lagi parah oi.

Cover image via Harian Metro

Baru-baru ini telah viral di media sosial di mana seorang anak lelaki dan isterinya dikatakan telah 'tertinggal' ibu mereka di Hentian Rehat & Rawat (R&R) Bukit Besi, Dungun pada hari Ahad, 9 Jun

Image via Facebook

Kejadian itu berlaku kerana mereka dikatakan telah tergesa-gesa untuk mengelak daripada kesesakan lalu lintas berikutan warga kota yang dijangka bakal pulang dari kampung halaman pada hari yang sama.

Lelaki terbabit berusia 40-an dikatakan bersama isteri dan ibunya, 73, menaiki sebuah kereta yang dalam perjalanan dari Bukit Payong, Kuala Terengganu untuk pulang ke Kuala Lumpur. Mereka telah berhenti di R&R tersebut kira-kira jam 8 pagi untuk ke tandas.

Menurut lelaki itu, hanya isterinya yang dilihat turun dari kereta untuk ke tandas. Ibunya masih dalam kereta sebelum lelaki itu kemudiannya terlelap buat seketika.

R&R Bukit Besi, Dungun

Image via Terengganu Hebat

Menurut laporan Harian Metro, ibunya turun dari kereta untuk ke tandas tanpa disedari oleh anak lelakinya kerana sedang tidur. Sejurus sahaja isterinya masuk ke dalam kereta, mereka terus meneruskan perjalanan tanpa menyedari bahawa ibu mereka tiada bersama.

Mereka telah tersedar bahawa ibunya tiada di dalam kereta selepas mereka berhenti makan di R&R Gambang iaitu kira-kira 196 kilometer jauh dari R&R Bukit Besi.

Ibunya terkejut setelah mendapati bahawa anak dan menantunya tiada di parkir lalu terus meminta bantuan orang ramai yang berada di situ

Setelah sejam setengah berada di situ, dua anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang kebetulan sedang membuat rondaan di kawasan itu telah mengambil peluang untuk menghantar warga emas terbabit ke Balai Polis Bukit Besi.

Sebelum itu, ramai juga orang awam yang berusaha untuk menghantar warga emas terbabit dengan menaiki bas yang berhenti di R&R, namun malangnya, semua pemandu bas bimbang untuk mengambilnya.

Image via Facebook

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, warga emas terbabit menjelaskan tentang anak perempuannya yang mengajar di sebuah sekolah di Bukit Payong

Warga emas tersebut dibawa ke Balai Polis Bukit Besi, Dungun.

Image via Facebook

“Polis berjaya memaklumkan berhubung kejadian itu kepada anaknya sebelum seorang cucu warga emas terbabit datang ke Balai Polis Bukit Besi, kira-kira 12.30 tengah hari.

“Warga emas terbabit kemudiannya dibawa pulang semula Ke Bukit Payong, sementara anak lelaki dan menantunya itu berpatah balik untuk mengambil semula ibunya itu,” katanya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Berita terkini hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment