Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Anak Sampai Menangis, Sekolah Tiba-Tiba Batalkan Anugerah 'Top 5' Alasan Tak Cukup Bajet

Difahamkan, sekolah terbabit membatalkan Anugerah Kecemerlangan Pelajar Top 5 itu sehari sebelum majlis bermula.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang ayah meluahkan rasa kecewa apabila anaknya mengalami tekanan emosi setelah pihak sekolah dipercayai membatalkan penyampaian anugerah kecemerlangan pada saat-saat akhir

Menerusi sebuah posting yang dimuat naik oleh Wan Muhammad di Facebook, anaknya menuntut di sebuah sekolah rendah di Puncak Alam, Selangor menerima surat jemputan rasmi pada Khamis minggu lalu.

Menerusi surat rasmi yang dikeluarkan oleh pihak sekolah menyatakan anaknya termasuk dalam senarai lima pelajar terbaik dan bakal menerima pengiktirafan dalam majlis kecemerlangan sekolah yang sepatutnya berlangsung pada 14 Januari.

Bagaimanapun, pada petang 13 Januari, sehari sebelum majlis berlangsung, pihak sekolah menghubungi mereka dengan memaklumkan bahawa acara penyampaian anugerah untuk pelajar terbaik terpaksa dibatalkan kerana kekurangan dana.

Tambah Wan Muhammad lagi, tindakan pihak sekolah itu sangat tidak wajar dilakukan kerana seolah-olah memberi harapan kepada anaknya.

Image via Wan Muhammad (Facebook)

Anak duduk di dalam bilik selama satu jam sambil menangis kerana kecewa dengan pembatalan anugerah kecemerlangan

"Tinggal esok (Selasa) sahaja hari kecemerlangan, kalau tak layak dari awal tak kisah tapi ini dah dapat surat berhari-hari dan esok harinya.

"Betapa hancurnya hati seorang budak sekolah rendah diperlakukan seperti ini. Sejam anak duduk dalam bilik sambil menangis, anak tak pernah terperuk dalam bilik.

"Maaf saya menulis bukan niat nak burukkan mana-mana pihak, cuma pesan tolong jangan buat pekara seperti ini lagi pada masa akan datang. Kasihan lah murid," tulisnya.

Gambar sekadar hiasan

Image via South China Morning Post

Jelas Wan Muhammad lagi, jika pihak sekolah lebih awal memaklumkan bahawa anugerah berkenaan tidak dapat diberikan, situasi seperti itu boleh dielakkan.

Pembatalan pada saat-saat akhir ini bukan sahaja menjejaskan semangat anaknya, malah memberikan kesan mendalam terhadap keyakinan diri kanak-kanak berkenaan.

Kisah tersebut juga mengundang perhatian ramai, terutama dalam kalangan ibu bapa yang turut meluahkan rasa simpati terhadap murid yang terkesan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment