seismik

Yusry Kesal Beri Imuniti Pada Rezza Shah, Persembahan Paling Teruk & Akhirnya Tersingkir

Langkah dua peserta CSOIAM iaitu Rezza Shah dan Alya Mardien terhenti apabila diumumkan tersingkir.

Cover image via TV3Malaysia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Program realiti, Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) dikejutkan malam tadi apabila salah seorang peserta, Rezza Shah dimarahi juri tetap, Datuk Yusry Abdul Halim dan Ziana Zain

Setelah itu, langkah Rezza Shah akhirnya terhenti apabila diumumkan tersingkir pada minggu ini bersama seorang lagi peserta, Alya Mardien.

Dalam pada itu, komen dilayangkan Yusry dan Ziana dilihat memberi tamparan hebat buat Rezza biarpun persembahannya pada CSOIAM minggu keempat yang bertemakan Sinergi Muzik mampu menghiburkan penonton.

Detik Rezza dikritik hebat Yusry dan Ziana juga membuatkan penonton yang berada Studio TV3, Glenmarie, Shah Alam tergamam seolah-olah tidak menyangka peserta berusia 23 tahun itu dikritik hebat.

Yusry berkata, dia seolah-olah menyesal memberikan imuniti kepada Rezza bagi menyelamatkannya daripada penyingkiran pada minggu pertama CSOIAM, selain mendakwa peserta itu mempunyai masalah disiplin di luar.

Image via TV3Malaysia

"Persembahan awak setiap minggu ada jadi, ada tak. Juri tahu masalah disiplin awak di luar. Terus-terang saya katakan, saya menyesal bagi imuniti dekat awak.

"Peluang patut bagi kepada peserta lain yang sudah terkeluar, saya harap semua orang berdisiplin. Walaupun suara awak sedap, tapi disiplin sangat penting," katanya ketika memberikan komen.

Persembahan terburuk Rezza sepanjang empat minggu CSOIAM berlangsung

"Apa jadi dengan awak? Ini adalah minggu awak paling teruk, dari hari pertama masuk sini awak sudah kena fokus. Juri sekarang pecah kepala kena fikir, tempo dalam nyanyian lari.

"Menyanyi tiada semangat, saya tak rasa langsung tenaga awak. Awak nyanyi macam nak tak nak sahaja. Tak ada semangat, tolong jadi serius," ujar Ziana.

Seorang lagi juri tetap, Cakra Khan dalam komennya menyifatkan suara Rezza kedengaran penat.

"Saya dengar suara kamu terdengar penat. Tempo itu mempengaruhi sekali untuk persembahan pembuka acara ini. Saya harap kamu boleh lebih baik daripada ini," katanya.

Untuk rekod, menerusi konsert minggu keempat CSOIAM, Rezza menyampaikan lagu Kembali Merindu nyanyian asal Slam dan Seragam Hitam (Kristal) secara medley.

Image via TV3Malaysia

Jangan lepaskan peluang untuk menonton konsert mingguan Calpis Soda OIAM setiap hari Ahad, jam 9.00 malam hanya di TV3!

Ikuti @TV3Malaysia di semua platform media sosial untuk perkembangan terkini dan sertai kemeriahan Calpis Soda One In A Million.

Rasai debaran dan nikmati gabungan hiburan terbaik serta kesegaran yang tiada tandingan bersama Calpis Soda, soda susu kultur pilihan utama anda musim ini!

Layari Facebook dan Instagram Calpis Soda sekarang untuk maklumat lanjut tentang promosi hebat dan peluang menyertai kejutan mingguan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: