“Another Level” - Kucing Di UPM Siap Pakai Kad Matrik Pada Leher Jadi Perhatian. Comel!
Siap ada PhD tau.
Kucing merupakan haiwan yang sangat comel dan manja
Pasti ramai di sini ada membela kucing di rumah bukan? Kucing ini boleh jadi peneman dan kawan di kala kita kebosanan. Malah, ia juga adalah sunnah.
Tetapi, tular sebuah posting di Twitter ini memaparkan seekor kucing di Universiti Putra Malaysia (UPM) memakai 'kad matrik' telah mencuri perhatian ramai.
Lihat posting itu di bawah:
Image via @seowth27 (Twitter)
Siap dapat gelaran 'doktor falsafah'
Menerusi posting tersebut, kelihatan seorang pemuda berkongsi kucing yang berada di UPM.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah, dapat dilihat kucing itu memakai 'kad matrik' berserta dengan nama Pak Tam dan jurusan yang diambil si comel itu. Siap dengan qr code sekali.
"Another level kucing UPM ni," tulisnya.
Image via @seowth27 (Twitter)
"Tu dia PHD! Aku degree pun tak lepas lagi" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihatnya.
Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 22.5K retweets,1,645 quotes tweets dan 45.8K likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Comel teruk kucing ni! Doktor tu, jangan main-main :P
Image via GIPHY
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment