'Apa Jasa Dia?' - Netizen Bingung Presiden Duterte Terima Gelaran Datuk Dari Sultan Johor
Sultan Johor turut menerima Darjah Kebesaran daripada Filipina.
Semalam 10 Julai 2019, Presiden Filipina Rodrigo Duterte menerima gelaran Datuk daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim
Majlis ini telah berlangsung di Istana Malacanang, Manila semalam sempena lawatan Baginda Tuanku Sultan di atas jemputan peribadi Presiden Filipina.
Menerusi Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, majlis ini diadakan secara tertutup yang berlangsung selama hampir sejam.
Rodrigo Duterte dikurniakan gelaran Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato' Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ)
Manakala Sultan Ibrahim pula menerima Darjah Kebesaran (Order Of Sikatuna) daripada Rodrigo Duterte yang membawa gelaran Datu.
Baginda Tuanku Sultan bersama delegasi kemudian diraikan dalam satu majlis santapan malam bersama Presiden Filipina.
Berita ini disambut baik oleh orang ramai. Masing-masing merakamkan ucapan tahniah kepada Baginda Tuanku Sultan Johor.
Namun begitu, ada juga netizen yang mempersoal penganugerahan tersebut
Dua minggu lalu, Rodrigo Duterte mengancam akan memenjarakan lawannya jika mereka cuba mencabarnya
Image via hmetro.com.my
Memetik laporan Harian Metro, Duterte meluahkan kemarahannya di tengah perhatian media dan tuduhan dia berpihak kepada China selepas Beijing menenggelamkan kapal nelayan Filipina dalam Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Manila pada 9 Jun lalu.
"Saya? Akan dicabar? Saya akan penjarakan mereka semua. Cuba lakukan itu dan saya akan lakukannya," tegas Duterte.
Pada 2015, Sultan Johor memecah rekod apabila membeli trak paling mahal di dunia!
Leave a comment