Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Mak Kat Sini Nak" - Luahan Mak Acap Meruntun Hati, Acap Dah Hilang 11 Hari Penuh Misteri

Masuk hari ke-10, Acap masih hilang tanpa apa-apa bukti.

Cover image via Perak Today

Seorang peserta Gopeng Ultra Trail, Mohammad Ashraf Hassan, 29, telah dilapor hilang sejak lebih seminggu lalu pada Sabtu, 23 Mac 2019

Ashraf telah hilang lebih 10 hari.

Image via Berita Harian

Sehingga ke hari ini, kelibat Ashraf masih belum ditemui dan operasi SAR langsung tidak mempunyai apa-apa petunjuk.

Ashraf yang berasal dari Muar, Johor itu dilaporkan hilang oleh rakannya, Mohd Farid Md Kamal, 32, setelah perlumbaan tamat pada jam 2 petang.

Hanya botol air sahaja yang ditemui selepas 3 hari operasi

Image via Harian Metro

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah, Khairul Anwar Ramli berkata, mangsa dipercayai hilang dari ‘check point’ enam hingga 10 iaitu kira-kira 10 kilometer.

Lebih menghairankan, seorang rakannya berkata Ashraf atau lebih mesra dengan panggilan Acap bukanlah 'budak baru' dalam bidang ini tetapi sangat berpengalaman dalam semua selok belok sukan outdoor.

Rupa-rupanya, botol air itu disahkan bukan milik mangsa.

Selepas seminggu tanpa petunjuk, operasi SAR Ashraf terpaksa dihentikan pada Sabtu, 30 Mac 2019.

Image via BERNAMA

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, keputusan diambil selepas pencarian gagal menemui bukti baru.

Sepanjang operasi, 70 kumpulan pencari daripada pelbagai kelompok digerakkan membabitkan kawasan pencarian seluas 35 kilometer di 16 lokasi darat sehingga ke Plaza Tol Gopeng.

Ibu Ashraf, Siti Maznah Khamis, 62, yang tidak dapat menahan rindu terhadap anak lelakinya itu menggagahkan diri memasuki hutan dan memanjat bukit pada waktu malam

Image via Denny Lang / Facebook

Menerusi beberapa keratan video yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Denny Lang, kelihatan Maznah bersama ahli keluarga lain menyahut nama Acap berulang kali di kawasan di mana Acap dipercayai hilang.

"Nampak mak tak Acap? Mak kat sini Ashraf..."

Begitulah luahan Maznah yang benar-benar meruntun hati orang ramai. Lihat video di bawah:

Maznah yang mempunyai masalah kesihatan jantung tetap semangat dalam mencari Acap di dalam hutan, malah turut berusaha menyusuri laluan larian, dan kawasan sungai bersama pasukan SAR serta penduduk kampung.

Sementara itu, Maznah mendapat petunjuk menerusi mimpi yang mengatakan Acap berada di kawasan seakan Gua Tempurung.

Ibu Ashraf, Siti Maznah Khamis

Image via Harian Metro

Untuk makluman, acara Gopeng Ultra Trail adalah penganjuran kali ketiga sejak 2017 dan laluannya pernah digunakan pada penganjuran program sebelum ini

Image via checkpointspot.asia

Pengarah Gopeng Ultra Trail 2019, Muhammad Irwan Yusuf berkata pasukan bomba telah mengesahkan bahawa laluan yang digunakan tersebut adalah tidak berbahaya untuk pelari.

“Kalau nak diikutkan laluan itu kawasan kampung, banyak rumah serta kebun, manakala laluan sebelum ke Gua Tempurung pula laluan berbatu yang aktif digunakan penduduk kampung ," katanya.

Ahli keluarga Ashraf memohon orang ramai agar turut sama mendoakan agar Acap dapat ditemui secepat mungkin. Sama-sama kita doakan.

Jika ada sebarang maklumat mengenai kehilangan Acap, boleh hubungi nombor di bawah:

Image via satujohor.net

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lagi kes orang hilang DI SINI:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment