seismik

Pendaki Sesat Lagi, Seorang Wanita Hilang 44 Jam Di Gunung Irau Telah Ditemui

Seorang wanita yang menyertai pendakian di Gunung Irau hilang pada jam 5.30 petang, Sabtu lalu.

Cover image via utusan.com.my

Pada Sabtu lepas, seorang wanita yang menyertai pendakian di Gunung Irau telah dilaporkan sesat dari trek dan hilang di dalam hutan

Menurut khabar, wanita yang dikenali dengan nama Nor Fatin Sulaiman, 29 tahun, ini telah mengikuti ekpedisi gunung bersama 47 orang pendaki yang lain. Dikatakan, mereka dibahagikan kepada lima kumpulan yang berbeza. Nor Fatin pula berada bersama kumpulan lima dan dia dipercayai telah hilang sewaktu menuruni gunung itu.

Image via SAYS

"Mangsa disedari hilang oleh ahli kumpulannya ketika separuh perjalanan turun dari check point"

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands, Mohd Haziq Hazmi berkata, pihaknya menerima panggilan daripada polis pada jam 11.20 malam memaklumkan mangsa gagal ditemui. Katanya lagi, "Pihak bomba memulakan operasi mencari dan menyelamat pada jam 12.15 tengah malam tadi dan sehingga kini operasi masih dijalankan," katanya ketika dihubungi.

bharian.com.my
Image via Astro Awani

Berikut adalah video berita tentang kehilangan Nor Fatin kelmarin, lalu SAR diumumkan.

Akhirnya, Pasukan Mencari dan Menyelamat telah menjumpai mangsa berdekatan dengan anak sungai

Pada pukul 2.15 petang tadi telah disahkan bahawa mangsa yang hilang iaitu Nor Fatin telah pun dijumpai di sebatang anak sungai. Deputi Superintendan Hasadid A, selaku Ketua Polis Daerah Cameron Highlands berkata "Mangsa telah dijumpai oleh salah satu pasukan SAR di sebatang anak sungai dan operasi mengeluarkan mangsa sedang dijalankan".

"Usaha untuk mengeluarkan mangsa mengambil masa selama satu jam setengah untuk membawanya ke pos kawalan di Hutan Mossy," tambahnya lagi.

Namun tiada seberang kecederaan dijumpai pada badan mangsa, tetapi mangsa kelihatan lemah dan tidak berdaya setelah sesat di dalam hutan selama 44 jam.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Menarik lagi tentang kisah gunung...

You may be interested in: