Awal Perkahwinan Dah Minta Macam-Macam, Lelaki Luah Beban Sebab Gaji Isteri Lebih Tinggi
Gaji lelaki pun cukup-cukup makan je.
Setiap pasangan kekasih sudah tentu ingin mengimpikan dapat sampai ke jinjang pelamin
Iyalah, sudah bertahun-tahun mempunyai hubungan. Namun, sepanjang tempoh perkenalan sudah pasti ada pasang surutnya.
Baru-baru ini, tular sebuah posting di Twitter yang memaparkan seorang lelaki meluahkan masalah rumah tangganya telah mencuri tumpuan.
Lihat posting penuh itu di bawah:
Gaji lebih rendah daripada isteri, tapi isteri minta macam-macam
Menerusi posting berkenaan, kelihatan seorang lelaki meluahkan kerisauannya tentang masalah perkahwinan di Twitter.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila dia meluahkan rasa terbeban kerana bakal isterinya memintanya untuk menanggung semua kos semasa awal perkahwinan. Kos tersebut termasuklah bayaran bulanan kereta isteri, orang gaji dan rumah mahal.
Lelaki itu terbeban kerana dia merasakan pada awal perkahwinannya, dia tidak mampu kerana gajinya hanya cukup-cukup makan. Malah, gaji isterinya lebih tinggi. Lelaki itu dilihat meminta pendapat orang ramai.
Image via @twtmalaywedding (Twitter)
"Janganlah anda memilih derita dari bahagia. Sayangi diri sendiri dulu anon, inshaAllah boleh dapat bakal wife yang lagi baik dan memahami lalu hidup bahagia selamanya." - Netizen
Susulan tularnya video posting itu yang kini meraih sehingga 850.3K views, 346 retweets dan 768 likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Image via @twtmalaywedding (Twitter)
Image via @twtmalaywedding (Twitter)
Image via @twtmalaywedding (Twitter)
Kesiannya, semoga dipermudahkan urusan bang!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment