seismik

[VIDEO] Budak Sekolah Teruja Tengok Abang Polis Bagi Ceramah Motivasi Penuh Semangat

Power, tak perlukan mikrofon.

Cover image via @khairulazizi75 (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ceramah motivasi biasa diadakan di sekolah untuk para pelajar

Hal ini supaya mereka tetap bermotivasi untuk rajin belajar dan mendapat keputusan yang cemerlang. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter yang memaparkan seorang abang polis memberikan ceramah motivasi di sekolah telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Tak perlukan mikrofon sebab suara dah kuat dan penuh semangat

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang polis sedang memberikan ceramah di sebuah sekolah yang tidak dikenal pasti. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila cara abang polis itu yang kelihatan sangat bersemangat semasa memberikan ceramah kepada para pelajar di situ. Pelajar di situ juga kelihatan sangat seronok dan tekun mendengar. 

"Kena ramai yang bagi motivasi macam ni, biar anak-anak faham. Kena ada sorang icon dalam setiap sekolah, polis ke, bomba ke, tentera ke" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 238K views, 1K retweets dan 3K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Budak pun suka kalau dengar penceramah bersemangat macam ni.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: