"Sungguh Rindu Dia Pada Kucingnya" - Perkongsian Ini Buat Ramai Pencinta Kucing Jadi Sebak
Sedihnya perkongsian ini.
Ada di antara kita yang menganggap haiwan peliharaan itu sebagai ahli keluarga sendiri
Image via Pets and Money Summit
Manakan tidak, telatah dan gelagat haiwan ini sering kali membuat kita terhibur, lebih-lebih dikala sedang stress ataupun sedih.
Salah satu haiwan yang kerap dipelihara adalah kucing. Kucing adalah haiwan yang sangat comel dan disukai ramai kerana sifatnya yang jinak dan suka dibelai serta manja dengan manusia.
Image via Gila Hartanah
Walau bagaimanapun, seperti manusia, kucing juga ada tempoh hayatnya. Dan seperti manusia juga, apabila pencinta kucing kematian kucing yang disayanginya, pasti akan terasa kehilangan itu.
Bahkan, sudah menjadi adat buat kaum Melayu dan umat Islam, apabila kita kematian haiwan peliharaan, kita akan menanam mayatnya seperti mana yang kita lakukan pada manusia.
Seorang gadis telah membuat perkongsian di laman Twitter tentang bagaimana ayahnya sangat menyayangi kucing-kucing yang benar-benar menyayat hati
Perkongsian yang dibuat pengguna Twitter @qin_nasir atau Asyiqin Zakaria@Nasir itu turut menceritakan bagaimana ayahnya yang sebelum ini tidak menggemari haiwan tersebut akhirnya berubah menjadi sangat sayang serta sangat memanjakan kucing-kucingnya.
Bahkan, ayahnya turut mengingati tarikh kelahiran, tarikh kematian dan punca kematian kucing-kucingnya dengan sangat terperinci.
Image via Twitter @qin_nasir
Image via Twitter @qin_nasir
Image via Twitter @qin_nasir
Bukan itu sahaja, ayah Asyiqin tidak pernah lupa untuk melawat kubur kucing-kucingnya itu setiap kali menjelang hari raya. Selesai sahaja melawat kubur sanak-saudara, ayahnya akan menjenguk kubur kucing-kucingnya itu disertakan sekali dengan taburan bunga.
Kucing-kucing tersebut ditanam di belakang kebun nenek, di tepi rumahnya.
Image via Twitter @qin_nasir
Image via Twitter @qin_nasir
Image via Twitter @qin_nasir
Kebanyakan kucing-kucingnya itu mati disebabkan oleh jangkitan virus. Walaupun sudah divaksin, namun sudah terlambat kerana virus itu telah pun merebak.
Image via Twitter @qin_nasir
Pada ketika ini, terdapat beberapa lagi ekor kucing yang masih dibela keluarga tersebut. Meskipun begitu, menurut adik Asyiqin, ini mungkin kumpulan kucing yang terakhir yang akan mereka bela.
Image via Twitter @SaffuanZakaria
Image via Twitter @SaffuanZakaria
Image via Twitter @SaffuanZakaria
Disebabkan tularnya tweet itu, ramai yang tersentuh hati dan memuji perbuatan ayah gadis itu
Sedihnya setiap kali baca cerita kematian kucing ni...
Image via Giphy
Sedihnya baca perkongsian pengacara,Karl Shafek, tentang kematian kucingnya, Megat.
Lagi artikel kucing di SAYS Seismik:
Leave a comment