Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Baca Bismillah & Al-Fatihah" - Wanita Ini Kongsi Tutorial Makan Babi Supaya Jadi Halal

Astaghfirullah, nauzubillah min zalik.

Cover image via @MALAYSIAVIRALLL (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sedia maklum, umat Islam diwajibkan untuk memakan makanan daripada sumber yang halal dan baik (tayyib)

Secara ringkasnya, makanan halalan tayyiban adalah makanan yang bersih dan terhindar daripada najis, serta menjauhi perkara yang buruk seperti bangkai, darah, daging khinzir dan lain-lain.

Untuk itu, makanan seperti daging khinzir atau babi merupakan salah satu najis berat atau mughallazah yang diharamkan ke atas umat Islam untuk menyentuh apatah lagi memakannya.

Al-Quran juga telah menyebutkan bahawa babi adalah najis secara zatnya pada semua bahagian termasuk daging, bulu dan kulit.

Begitupun, baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan seorang wanita memberi 'tutorial' bagaimana untuk memakan daging yang diharamkan itu secara halal.

Tonton video itu di bawah:

Dakwa harus baca Bismillah dan diikuti dengan surah al-Fatihah supaya ia menjadi halal

Menerusi video tersebut, wanita yang juga dipercayai warga Indonesia itu dilihat memakai tudung dan memberi ‘tutorial’ untuk memakan daging yang diharamkan itu secara halal.

Malah, dia juga berkata tutorial itu dilakukannya bagi individu beragama Islam yang teringin memakan daging berkenaan. Dia turut mengakui bahawa memakan daging khinzir adalah haram menurut al-Quran.

Menurutnya, sebelum memakan daging itu, seorang beragama Islam harus membaca Bismillah dan diikuti dengan surah al-Fatihah supaya ia menjadi halal.

Di dalam video itu, dapat dilihat wanita berkenaan menunjukkan rasa berpuas hati kerana dapat memakan hidangan tersebut.

Image via @mohamadnasren (Twitter)

"Dia Cindo, bukan agama Islam. Saja niat jahat nak burukkan Islam ja" - Netizen

Seorang pengguna Twitter (@mohamadnasren) tampil mendakwa wanita berkenaan merupakan seorang Cindo (Cina Indonesia) bernama Lin Sin Halim, yang sengaja melakukan video itu untuk memburukkan agama Islam.

Menurut Kilat.com, wanita tersebut yang dikenali sebagai Dewi Bulan, bukanlah seorang beragama Islam. Sebaliknya dia merupakan seorang penganut agama Kristian.

Dewi juga tidak lagi menetap di Indonesia, tetapi sudah berpindah ke Amerika Syarikat, menjadikan dia bebas daripada dikenakan tindakan berdasarkan undang-undang negara asalnya.

Perbuatannya jelas merupakan satu kesalahan pelecehan agama atau mempersendakan agama Islam.

Jika perbuatan sedemikian dilakukan di Malaysia, individu didapati melakukan kesalahan menurut Seksyen 30 Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah dan boleh dikenakan denda tidak lebih dua ribu ringgit, atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya.

Sebelum ini, seorang pempengaruh Indonesia, Lina Mukherjee, pernah ditahan pihak berkuasa di sana kerana membuat video TikTok memakan daging khinzir sambil membaca Bismillah.

Semoga kita semua sentiasa berada dalam perlindungan Allah SWT dan dijauhkan dari perkara yang buruk. Amin Ya Rabbal Alamin.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment