Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Badan Melecur Kena Tumpah Air Teh, Penumpang Saman Syarikat Penerbangan Lebih RM7 Juta

Kejadian berlaku semasa penerbangan berada dalam keadaan pergolakan udara.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang penumpang JetBlue telah menyaman syarikat penerbangan itu sebanyak AS$1.5 juta (RM7.05 juta) kerana menumpahkan teh panas padanya

Menerusi laporan New York Post, kejadian itu telah menyebabkan dia melecur akibat terkena teh panas tersebut.

Difahamkan, ia berlaku semasa pesawat berkenaan berada dalam keadaan pergolakan udara.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Facts.net

Mangsa, Tahjana Lewis berkata dia ketika itu dalam penerbangan dari Orlando ke Hartford pada 15 Mei. Pada masa itu telah berlaku pergolakan udara menyebabkan isyarat memakai tali pinggang keledar keluar.

Namun, kru kabin tetap menghidang minuman kepada penumpang. Ia menyebabkan teh panas yang dihidangkan kepada penumpang di sebelah Lewis tertumpah ke seluruh tubuhnya dan menyebabkan melecur teruk di dada, kaki dan lengannya sehingga menyebabkannya berparut dan cacat.

Lewis telah menuduh syarikat penerbangan itu menghidangkan minuman "pada suhu yang tidak munasabah dan panas berbahaya. Saman berkenaan telah pun difailkan pada Jumaat lalu.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Shift Delete

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment