"Balik Tidur Luar" - Jumpa Polis Siap Minta Surat MITI, Rupa-Rupanya Suami Sendiri
Bercinta memang bercinta, undang-undang tetap undang-undang.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Profesion seorang polis mempunyai tanggungjawab yang besar kepada negara
Bukan saja perlu menjaga keamanan, malah keselamatan rakyat juga perlu turut dijaga. Dengan situasi pandemik ini, mereka juga perlu mengadakan sekatan jalan raya untuk mengawal pergerakan setiap orang bagi mengurangkan penularan wabak penyakit.
Baru-baru ini, viral sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang wanita terjumpa polis yang merupakan suaminya telah mencuri tumpuan netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Jumpa polis garang, siap minta bukti surat MITI
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang memandu dalam kereta menuju ke satu destinasi.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia terjumpa seorang polis yang garang siap meminta bukti surat MITI daripadanya. Difahamkan polis berkenaan merupakan suaminya sendiri.
Akibat geram, wanita itu berkata "balik tidur luar", kata-kata itu akhirnya membuatkan suaminya terus menukar topik.
Image via @eyra980 (TikTok)
Image via @eyra980 (TikTok)
"Tidur luar terus senyap, lesen akak ni lagi kuat" - Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat suami isteri itu. Malah, ada juga yang menyakat mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 3M tontonan, 251K tanda suka dan 3K komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @eyra980 (TikTok)
Image via @eyra980 (TikTok)
Image via @eyra980 (TikTok)
Image via @eyra980 (TikTok)
Habislah malam ni ada yang tidur luar, itulah siapa suruh garang sangat :P
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment