seismik

"Dipijak Jurulatih" - Gambar Lama Dhabitah Semasa Berlatih Raih Perhatian Netizen

Salute!

Cover image via Nur Dhabitah Sabri (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti umum ketahui, Sukan Olimpik 2020 sedang berlangsung di Tokyo

Atlet penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir dalam acara terjun papan anjal individu wanita. Beliau telah berjaya mendapat tempat keempat dalam acara tersebut. Kejayaan beliau itu amat membanggakan dan dijadikan idola oleh seluruh rakyat Malaysia.

Baru-baru ini, tular sebuah posting lama di Facebook Dhabitah yang memaparkan gambar tentang kesukaran beliau semasa menjalani latihan bersama jurulatihnya pada tahun 2016. 

Lihat posting penuh itu di bawah: 

Dipijak ketika berlatih menjadi altet penerjun negara pada tahun 2016

Menerusi gambar tersebut, atlet penerjun negara itu menunjukkan kesukaran beliau ketika sedang berlatih pada tahun 2016.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila badannya dipijak dan dilenturkan oleh jurutlatihnya. Perkara ini telah membuktikan kegigihan seorang atlet negara yang kini mampu bertanding dalam Sukan Olimpik sehingga membuahkan hasil yang cukup membanggakan.

Lihat video acara itu di bawah:

Dalam pada itu, netizen luah rasa kagum dan bangga di ruangan komen pada gambar lama tersebut

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah mendapat 3.9K tanda suka, 400 komen dan 900 kongsi di Facebook. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook: 

Well done Dhabitah, Malaysians proud of you! <3

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: