seismik

"Malaysian Spirit!" - Pandelela Tersebut B*bi Selepas Lihat Keputusan Undang Dekah Netizen

Tipulah kalau siapa tak pernah sebut b*bi kan?

Cover image via @syqhramli (Twitter) & Utusan Malaysia

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sukan Olimpik Tokyo 2020 kini sedang berlangsung dengan kemeriahan pelbagai jenis sukan yang dipertandingkan

Dengan penyertaan atlet-atlet yang berbakat serata dunia ini menyaksikan kehebatan dalam sukan yang ditandingi. Atlet penerjun negara Malaysia iaitu Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee telah beraksi dalam pertandingan acara 10 meter platform seirama wanita semalam.

Tular video baru-baru ini di Twitter yang sempat merakam footage Pandelela Rinong tersebut b*bi selepas meihat keputusan mencuri tumpuan netizen. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Pandelela tersebut b*bi sambil melibas tualanya di tangan

Menerusi video berkenaan, kelihatan Pandelela sedang menunggu keputusannya selepas sebaik saja selesai acara itu.

Apa yang lebih melucukan adalah apabila Pandelela tersebut b*bi sambil melibas tuala di tangannya kerana tidak puas hati dengan keputusan tersebut.

Gandingan mereka yang diharap mampu memperoleh pingat pertama Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo 2020 bagaimanapun berakhir dengan menduduki tangga kelapan acara 10 meter platform seirama wanita. 

"Dengan towel dia macam nak libas orang tu, adoi" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan Pandelela. Malah, ramai yang kagum dan bersetuju yang setiap rakyat Malaysia sudah terbiasa menyebut perkataan tersebut. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 268K views, 5K tweets, 676 quote tweets dan 5K likes di Twitter. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter: 

Aduh kelakarlah, yang penting mereka dah buat sehabis baik. Tahniah! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: