seismik

"Tak Roboh Ke?" - Atlet Sukan Olimpik Kongsi Katil Viral Yang Diperbuat Daripada Kadbod

Ada yang mengatakan katil itu sebagai katil 'anti-seks'.

Cover image via Mothership Singapore & @Paulchelimo (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sukan Olimpik Tokyo 2020 menyaksikan kepelbagaian jenis sukan dan meraikan kehebatan para atlet serata dunia

Seperti semua ketahui, sukan Olimpik kali ini berlangsung di negara Jepun yang terkenal dengan teknologi yang maju. Para atlet juga merasa teruja apabila berada di negara maju itu.

Baru-baru ini, tular video di TikTok memaparkan atlet berkongsi katil viral yang diperbuat daripada kadbod mencuri tumpuan netizen seluruh dunia.

Lihat video penuh itu di bawah:


@leong_munyee

Our bed in the OlympicVillage. #SokongMalaysia

Diggity - NCT DREAM

Bukan saja katil yang diperbuat daripada bahan kitar semula, malah atlet juga boleh customize tilam mereka

Menerusi video berkenaan, kelihatan atlet penerjun negara iaitu Leong Mun Yee berkongsi suasana biliknya sebaik saja tiba di Olympic Village.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia menunjukkan katil viral yang sangat inovatif itu diperbuat daripada kadbod yang dikitar semula. Tambahan lagi, tilamnya itu boleh diubah suai mengikut kesesuaian badan.

Idea dan inisiatif Jepun kali ini sangat kreatif dan inovatif. Menurut sumber, katil itu boleh menyokong lebih daripada 200kg. Malah, tilam itu juga boleh diubah suai mengikut keselesaan dan keperluan para atlet. Sebagai contoh, atlet renang mahukan tilam yang lembut pada bahagian bahu.

Lihat video penuh pelancaran itu di bawah:

Teori katil 'anti-seks' disangkal kerana inisiatif utama adalah untuk menyelamatkan bumi

Menurut kerajaan Jepun, katil itu dihasilkan sebagai satu langkah mesra alam untuk menunjukkan negara itu teguh dan komited dalam menghijaukan bumi dengan menggunakan produk alam sekitar. 

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

Kreatif dan inovatif betul kan negara Jepun ni! <3

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: