seismik

"Paling Seksi" - Atlet Jerman Alica Schmidt Tak Gemar & Rimas Dengan Gelaran Untuknya

"Ada ribuan wanita lagi di Instagram lebih cantik daripada saya" - Alica Schmidt

Cover image via @alicasmd (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Satu dunia sedia maklum bahawa Sukan Olimpik Tokyo 2020 kini sedang berlangsung di Jepun

Penyertaan daripada atlet seluruh negara itu menyemarakkan lagi kemeriahan Sukan Olimpik Tokyo 2020 kali ini.

Baru-baru ini, olahragawati Jerman yang dikenali sebagai Alica Schmidt secara tidak langsung menjadi tumpuan utama di Sukan Olimpik Tokyo disebabkan kejelitaannya.

Beliau diberikan gelaran atlet paling seksi oleh sebuah majalah Australia pada tahun 2017. Perkara itu menjadikan jumlah pengikutnya di Instagram meningkat kepada 2 juta ketika ini.

Atlet balapan padang itu jujur terlalu rimas dengan gelaran tersebut

Menurut sumber, Alica Schmidt meletakkan sukan sebagai priority. Atlet cantik ini sendiri juga tidak tahu bagaimana dia boleh mendapat gelaran atlet paling seksi.

“Ada ribuan wanita lagi di Instagram lebih cantik daripada saya tetapi tidak mempunyai pengikut yang ramai"

“Saya tidak tahu mengapa saya mendapat gelaran ini. Sukan adalah keutamaan saya. Hargai kejayaan orang lain daripada cemburu dengan apa yang mereka kecapi,” katanya.

Walau bagaimanapun, atlet berusia 22 tahun itu tetap fokus kepada acaranya, 4×400 meter (m) lari berganti-ganti campuran di Stadium Olimpik, Jepun bermula 30 Julai ini.

Dia juga menyatakan kesyukuran kerana dapat menyertai Sukan Olimpik yang merupakan impiannya sejak kecil lagi.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: