seismik

[VIDEO] Lelaki Ini Syok Menyanyi Di Ladang Sawit, Sekali Kena Tampar Dengan Pelepah

Apa dosa dia?

Cover image via @faisal.suhaimi (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Di kampung, pasti ramai yang mengambil angin dengan cara menunggang motosikal bersama rakan waktu petang bukan?

Bukan saja dapat menikmati angin sepoi-sepoi, malah pemandangan dan udara segar di kampung memang tidak dinafikan menjadi kegemaran orang ramai. Menunggang motosikal sambil menyanyi, fuh syok!

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang lelaki berdiri di belakang kenderaan 4x4 bersama-sama rakannya sambil menyanyi mencuri tumpuan netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

Sakan menyanyi, sekali kena tampar dengan daun pelepah

Menerusi video yang dimuat naik @faisal.suhaimi di laman TikToknya, kelihatan dia dan rakannya sedang menaiki kenderaan 4x4 di ladang sawit. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia kelihatan sangat menikmati suasana itu sambil menyanyi dengan berdiri. Tetapi malangnya dia ditampar dengan daun pelepah pada pertengahan video itu. 

Tamparan itu membuatkan dia terkejut dan mukanya terus berubah. Dengan berkapsyenkan "sakit weh" pada video itu mengundang tawa netizen.


"Haha, daun pun tahu sumbang" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur. Malah, ramai yang menyakat dia kerana kejadian yang lucu itu. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 815K tontonan, 109K tanda suka dan 4K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduh kelakarlah, itulah lain kali tengok sekeliling dulu kalau nak feeling-feeling! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik: