seismik

[VIDEO] "Jampi Hilangkan Bebelan Mak" - Parodi Dua Beradik Ini Raih Perhatian Netizen

Boleh pula jampi mak dia masa tengah tidur.

Cover image via @c.t_salizah (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Aplikasi TikTok merupakan medium untuk orang ramai serlahkan bakat mereka yang terpendam

Pelbagai jenis hiburan dan challenge yang kita dapat lihat di media sosial terutamanya di laman TikTok. Ada yang berlakon, berjoget dan ada juga yang suka miming lagu favourite. Bakat-bakat unik ini telah menjadi hiburan pada masa ini.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila dua orang adik beradik membuat parodi menjampi maknya menarik perhatian netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

@c.t_salizah

esok kita tengu mujarabka tidak jampi ni budak2

original sound - MAWANG - MAWANG

Selamba jampi untuk hilangkan bebelan mak semasa maknya tidur

Menerusi video yang dimuat naik oleh @c.t_salizah di laman TikToknya, kelihatan dua orang anaknya sedang melakukan sesuatu. Si kakak sedang berlakon seperti bomoh dan adiknya dilihat sedang memegang kain.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia dilihat menjampi maknya supaya hilangkan bebelan semasa sedang tidur. Adiknya pula dilihat sedang memegang kain untuk berlakon sebagai hantu.

Kegigihan dua beradik itu mengeluarkan kata-kata ganti nama diri dalam bahasa Arab membuatkan para netizen berpendapat mereka sangat berbakat dalam bidang lakonan.

"Bersungguh betul kau ni dik, mesti menahan rasa lama sangat ni" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat dua beradik itu. Malah, ramai yang menyakat adik-beradik itu. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 1.2M tontonan, 52K tanda suka dan 3K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Lama betul ya dia tahan perasan tu. Sabar dik, benda boleh bincang! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: