[VIDEO] "Tak Sangka" - Beza Umur 10 Tahun, Cikgu Kahwin Dengan Bekas Pelajar Sendiri
Macam mana boleh sangkut?
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Jodoh, ajal dan maut merupakan ketentuan Tuhan yang telah diatur untuk kita semua
Perkara tersebut merupakan rahsia daripada Tuhan yang pasti akan diketahui oleh semua suatu hari nanti, tidak kira cepat atau lambat.
Ramai berpendapat mungkin kita sudah berjumpa dengan jodoh sejak dulu lagi tetapi tidak perasan akan kewujudan mereka bukan?
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok memaparkan seorang guru tidak menyangka bertemu jodoh dengan anak murid sendiri menarik perhatian netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tidak kekok dan sudah mendirikan rumah tangga
Menerusi video yang dimuat naik oleh @cik_dien92 di lamanTikToknya, kelihatan dia sedang menunjukkan gambar-gambar bersama isterinya.
Dipercayai isterinya itu merupakan bekas pelajarnya. Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia berkongsi gambar bersama isterinya ketika sebelum nikah sehingga gambar nikah mereka.
Dengan berkapysenkan "Siapa sangka teacher dan student dah jadi husband and wife" itu membuatkan netizen tertanya-tanya tentang hubungan mereka.
"Nak tau jugak siapa yang luahkan perasaan dulu" - Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut kagum melihat hubungan mereka. Malah, ada yang ingin mengetahui perjalanan kisah cinta mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih sebanyak 1M tontonan, 88K tanda suka dan 2K komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: