[VIDEO] "Dugaan PdPR" - Suami Terpaksa Sabar Ketika Mengajar Anaknya Buat Kerja Sekolah
Garang muka bapak dia!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Umum sedia maklum, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memaksa kita untuk sentiasa duduk di rumah
Perkara sedemikian dilakukan supaya dapat mengekang penularan jangkitan wabak Covid-19. Oleh itu, ramai yang bekerja dari rumah. Manakala, bagi pelajar dan anak-anak pula perlu menghadiri kelas secara dalam talian.
Namun begitu, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ini pasti mempunyai pelbagai cabaran. Sama seperti video yang tular di Facebook baru-baru ini yang memaparkan seorang ayah hampir naik angin mengajar anaknya buat kerja sekolah itu curi tumpuan netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Diajar berulang kali, anaknya masih membuat kesalahan
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang ayah sedang mengajar anaknya melakukan tugasan sekolahnya.
Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila ayahnya hampir naik angin apabila mengajar anaknya itu. Reaksi muka ayahnya yang membeliakkan matanya itu membuatkan si ibu tergelak.
Ayahnya itu mengajar anaknya untuk membuat garisan yang lurus sambil memegang pembaris. Lebih melucukan lagi, anaknya itu masih membuat garisan yang bengkok setelah dua kali diajar.
"Makin banyak lah ibu bapa yg ada darah tinggi" - Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi ayahnya itu. Malah, ramai yang bersetuju bahawa ibu bapa menghadapi pelbagai cabaran ketika PdPR dijalankan.
Ketika artikel ini ditulis, video itu meraih 1.9K tanda suka, 3K kongsi dan 33 komen di Facebook.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook: