seismik

Buat Suara Macam Monyet, Gadis Ini Tak Sangka Seluruh Kondominium Menyahut Sekali

Bosan sangat ni.

Cover image via @dindoiphin (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Aplikasi Tiktok merupakan medium untuk orang berhibur dan bergurau senda

Bukan setakat itu, ramai juga yang menyerlahkan bakat dan kreativiti mereka di aplikasi tersebut. Antaranya, menyanyi, menari, berlakon dan macam-macam lagi. 

Sama seperti video gadis yang tular di TikTok apabila dia membuat suara seperti monyet di balkoni rumahnya mencuri tumpuan netizen. 

Lihat video penuh itu dibawah: 

@dindoiphin

berinteraksi dengan sekitar

original sound - Josh Macphee

Buat suara monyet, satu kondo ikut menyahut

Menerusi video yang dimuat naik oleh @dindoiphin di laman TikToknya, kelihatan gadis itu sedang berada di balkoni kondominium sambil dirakam oleh rakannya.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia menjerit dan membuat suara seperti monyet. Sebaik saja dia berhenti, orang yang berada di blok berlainan itu turut menyahut panggilan itu. Kejadian itu membuatkan dia terkejut dan tergelak.

"Habis lah, persatuan monyet letak jawatan, ada yang hebat dari dia" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat gadis itu. Malah, ada yang ingin cuba berbuat sedemikian. Namun, ada juga yang mengatakan bahawa itu adalah lakonan semata-mata dan bukanlah suaranya yang sebenar.

Ketika artikel ini ditulis, video itu meraih 10M tontonan, 421K tanda suka dan 5K komen di TikTok.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Bolehlah jadi monyet kejap untuk hilangkan stres kan? :'D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: