Tular Video Pemuda Main Permainan 'Water Balloon' Di Rumah Buat Ramai Ingin Cuba
Nak cuba!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah mengehadkan pelbagai aktiviti seharian kita
Kita disarankan untuk sentiasa duduk di rumah supaya dapat mengawal penularan wabak Covid-19. Sama juga di negara lain. Tidak dinafikan aktiviti yang boleh dilakukan di rumah terhad sehingga kita pun cepat bosan.
Namun begitu, tular video di TikTok baru-baru ini berkenaan sekumpulan pemuda bermain permainan water balloon meraih perhatian netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Syarat permainan perlu mengelak daripada terkena dengan ayunan belon air yang digantung
Menerusi video yang dimuat naik oleh @bepsharper, kelihatan mereka sekeluarga sedang bermain sebuah permainan di halaman rumah.
Apa yang lebih perhatian adalah cara main game tersebut buat ramai yang ingin cuba. Mereka gantung belon air kemudian ayunkan. Pemain perlu menutup mata dan mengelak daripada terkena belon air tersebut. Siapa yang terkena belon air kalah daripada permainan itu.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"The perfect game for family" - Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut kagum dengan permainan tersebut. Malah, ramai yang ingin mencuba.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 8.2M tontonan, 1M tanda suka dan 6K komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: