seismik

"Terus Pecut Lari" - Wanita Ini Kongsikan Tips Kalau Diusik Lelaki Semasa Buang Sampah

Siapa tak takut?!

Cover image via @tunefa_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Dalam sebuah rumah tangga, sudah menjadi kebiasaan bagi setiap pasangan untuk membantu melakukan kerja-kerja di rumah

Kadang kala, kaum perempuan yang memasak dan mengemas rumah. Kaum lelaki pula yang menolong untuk buang sampah. Setiap pasangan perlu bekerjasama antara satu sama lain. 

Namun, lain pula jadinya bila wanita ini berkongsi pengalamannya diusik lelaki semasa membuang sampah ketika suaminya belum pulang menerusi video mencuri tumpuan netizen. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Berlakon jadi hantu dan berkata "pak cik nampak saya ke?" buatkan lelaki itu pecut lari

Menerusi video yang dimuat naik oleh @tunefa_ di laman TikToknya, kelihatan dia sedang berkongsi pengalamannya ketika membuang sampah sambil makan rojak buah.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila tindakan selepas dia diusik oleh seorang pak cik ketika membuang sampah. Difahamkan pak cik berkenaan ingin menghantarnya untuk membuang sampah.

Apa yang lebih melucukan adalah dia sempat berkata "Pak cik nampak saya?". Sebaik saja dia berkata sedemikian, pak cik itu dilihat pucat dan terus memecut laju kereta sehingga langgar bonggol.

"Bijaknya, akak dulu belajar dekat Oxford ke?" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut tehibur dengan penceritaan wanita itu. Malah, ramai yang memuji idea bernasnya. Tambahan, ada juga yang mengatakan dia bijak kerana mempromosikan kuah rojak tersebut. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 697K tontonan, 113K tanda suka dan 5K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Menggelibas pak cik tu ingatkan hantu, aduhai kelakar! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: