Najib Tak Boleh Main Media Sosial & Guna Internet, Masuk Penjara Balik Jika Ingkar

Najib diperintah menjalani baki hukuman penjara menerusi kaedah tahanan rumah di kediamannya baru-baru ini.

Cover ImageCover image via Straits Times & SCMP

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Datuk Seri Najib Razak perlu patuhi larangan tidak menggunakan internet sepanjang tempoh baki tahanan

Menerusi laporan Bernama, bekas Perdana Menteri itu mesti mematuhi syarat tahanan rumah, khususnya larangan menggunakan internet dan platform media sosial sepanjang menjalani baki hukuman penjara.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata sebarang pelanggaran terhadap syarat berkenaan boleh menyebabkan Najib kembali menjalani hukumannya di Penjara Kajang.

"Ya, (Najib) boleh duduk bersama dengan isteri-isterinya, anak-anaknya, menantu-menantunya, cucu-cucunya, tetapi tidak boleh pakai internet.

"Kalau langgar, terus dihantar balik ke Penjara Kajang," katanya.

SAYS.com

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.

Image via Bernama

Najib tertakluk pada empat kategori syarat utama yang ditetapkan Lembaga Pengampunan menerusi pengampunan bersyarat pada 18 September lalu

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata syarat berkenaan merangkumi sekatan tempat tinggal dan pergaulan, kawalan pergerakan dan lawatan, sekatan penggunaan telefon serta alat telekomunikasi, selain kewajipan menghadiri program pemulihan dan intervensi.

Najib juga tidak dibenarkan membuat kenyataan atau ulasan kepada media, menggunakan platform media sosial, menghadiri majlis keramaian atau terlibat dalam aktiviti politik.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat lepas membenarkan Najib, 73, menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International Sdn Bhd menerusi kaedah tahanan rumah di kediamannya di Langgak Duta, di ibu negara berkuat kuasa serta-merta hingga 23 Ogos 2028.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS