seismik

[VIDEO] Reaksi Bayi Kena Marah Dengan Ayahnya Ini Buat Ramai Geram. Comel!

Sampai hati ayah dia!

Cover image via @mommyan14 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Memiliki bayi yang kecil di rumah pasti akan menceriakan hari ibu bapa

Mana tidaknya, ada saja ragam dan kerenah mereka yang membuatkan ibu bapa geli hati. Kecomelan mereka bukan main sehinggakan membolehkan para ibu bapa merasa tenang apabila lihat mereka. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang bayi menunjukkan reaksi yang comel dan geli hati apabila dimarahi ayahnya mencuri tumpuan netizen. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Reaksi muka bayi itu berubah apabila dimarahi ayahnya

Menerusi video yang dimuat naik oleh @mommyan14 di laman TikToknya, kelihatan ayahnya sedang merakam anaknya. 

Apa yang lebih menarik adalah apabila reaksi muka bayi itu berubah secara perlahan-perlahan setelah dimarahi oleh ayahnya kerana mengoyakkan plastik mesin basuh. 

Reaksi wajah bayi itu kelihatan bersahaja pada mulanya, kemudian bertukar kepada sedih dan nangis setelah itu. Kecomelan bayi itu terserlah gara-gara ayahnya yang menyakat. 

"Sedih sangat tu, sampai keluar air mata, kesian dia" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur. Malah, ramai juga yang turut bersimpati dengan bayi itu. Tambahan lagi, ramai yang mengatakan bayi itu comel.

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 760K tontonan, 77K tanda suka dan 2K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Alahai sian dia, tapi baby tu comel sangat, geramnya!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: