seismik

[VIDEO] "Pensel Pun Boleh" - Budak Sakan Menyanyi Sambil Bersolek Undang Tawa Netizen

Pandainya dia makeup!

Cover image via @_asmawanaaa (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Demi mengekang penularan wabak Covid-19, seluruh masyarakat disarankan untuk tetap berada di rumah

Aktiviti-aktiviti di rumah sudah tentunya terbatas tidak seperti aktiviti di luar sana. Oleh itu, tidak dinafikan sesetengah orang sudah mula bosan kerana aktiviti yang terhad. Sama seperti budak perempuan yang pernah viral menyanyikan lagu PKP sambil bersolek ini. 

Tidak berhenti setakat itu, budak perempuan ini kelihatan dia sangat enjoy duduk di rumah. Tular baru-baru ini videonya sakan menyanyi sambil bersolek itu mencuri tumpuan netizen. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@_asmawanaaa

‼PART 3‼ Nak makeup pun. sampai 3 video tu pun ada kena cut hahaha, Dah jgn mintak part 4 pulak #fyp #fyp #foryoupage

original sound - _4sm4w4n4 - _4sm4w4n4

Menyanyi lagu Kucu Kuca sambil solek rakannya

Menerusi video yang dimuat naik oleh @_asmawanaaa di laman TikToknya, kelihatan dia dan rakannya sedang melakukan aktiviti merias wajah di dalam biliknya.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia sakan menyanyi dengan penuh keyakinan itu mencuit hati ramai orang. Lebih lucu lagi, dia menyanyi sambil merias kening rakannya itu menggunakan pensel 2B.

"Sampai keluar air liur, takpa confident tu penting" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur. Malah, ramai yang kagum dengan keyakinan yang ditampilkan. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya meraih 44K tontonan, 2K tanda suka dan 288 komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Comel lah adik ni, hilang stres tengok dia! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: