seismik

[VIDEO] Kanak-Kanak Ini Nyanyi Lagu PKP Sambil Makeup Kawan Buat Warganet Terhibur

Sedap pula lagu dia.

Cover image via @_asmawanaaa (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum sedia maklum, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan lagi sehingga 28 Jun

Kemungkinan besar juga ia akan diteruskan lagi sehingga ke akhir tahun jika kes harian tidak menurun dan mencapai graf rendah.

Disebabkan itu, ramai yang duduk di rumah sudah kering idea tidak tahu nak buat aktiviti apa akibat bosan tidak dapat keluar berjalan-jalan.

Namun, berbeza pula dengan sebuah video tular di TikTok ini apabila seorang kanak-kanak perempuan menyanyikan lagu PKP sambil makeup kawannya mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

@_asmawanaaa

Bila lockdown sambung lagi....Budak pun picangg Ni mua to be tapi kesian lah siapa dapat mua mcmni ##fyp ##fypsounds ##fypmalaysia ##pkp

original sound - Asmawana Azman

Main makeup-makeup sambil nyanyi lagu PKP

Menerusi video yang dimuat naik oleh Asmawana Azman, kelihatan dua orang kanak-kanak perempuan itu sedang bermain makeup di dalam bilik.

Apa yang menghiburkan adalah apabila salah seorang kanak-kanak itu yang menjadi jurumekap sempat menyanyikan sebuah lagu PKP sambil menyolek kawannya.

"PKP PKP, asyik tambah-tambah lagi. MCO satu kali, PKP PKP, takda duit cungkil gigi. Mana nak cari duit ni, duduk rumah goyang kaki," nyanyinya dengan selamba.

"Hahaha ok terhibur jugak time PKP ni, comel!" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 33.8K tontonan, 2.6K tanda suka dan 1.9K perkongsian di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat nyanyian spontan kanak-kanak itu sambil sempat menyolek kawannya yang pasrah menadah muka di sebelah.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Alamak, lagu PKP dah melekat dalam kepala. Macam mana ni, help! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: