seismik

Tular Video Lelaki Ini Terkejut Anak Tiba-Tiba Dah Jadi ‘Cicakman’ Panjat Grill. Lawak!

Bila ayah jaga anak.

Cover image via @qairul91 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Anak lelaki sememangnya terkenal dengan sifat nakal dan banyak akal

Telatah mereka yang menduga kesabaran ibu bapa kadangkala turut mencuit hati kerana melakukan perkara yang tidak dijangka.

Sama seperti sebuah video yang tular di laman TikTok ini apabila seorang lelaki terkejut melihat anaknya memanjat grill rumah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@qairul91

ank jntan ni kna pntau sntiasa...hmm @qikhwanwan @takdeperrr

original sound - qairul9112

Sibuk cari anak, sekali terkejut tengok si kecil tengah panjat grill

Menerusi perkongsian video daripada @qairul91, kelihatan dia sedang mencari dan memanggil anaknya yang sedang bermain di ruang tamu.

Namun si ayah terkejut apabila melihat anaknya itu sedang sakan memanjat grill rumah mereka. Dia kemudian kelam kabut mengangkat anaknya turun.

"Ya Allah Ya Tuhanku, adik! Hang kalau jatuh sat gi hang tak mendapat apa aku yang mendapat. Hang turun, hang turun! Ya Allah Ya Tuhanku, menjadi-jadi. Makin lepas makin menjadi, amboi! Pi duduk rumah pengasuh," bebelnya.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 1.3M views, 90.2K likes dan 4K shares di TikTok

Manakala hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat anaknya itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Kelakarlah tengok ayah-ayah jaga anak ni, macam-macam ragam! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: