[VIDEO] "Terus Mood Swing" - Reaksi Budak Ini Kena Sakat Dengan Ibu Buat Netizen Terhibur
Kemain lentik lagi badan kau dik!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sebagai ibu bapa, borak bersama anak adalah salah satu cara untuk membuatkan mereka cepat bercakap dengan lancar
Tetapi, boleh jadi juga ayat yang keluar daripada mulut mereka akan mengundang tawa dan membuatkan anda garu kepala melayannya.
Sama seperti sebuah video yang viral sejak beberapa tahun lalu dan dimuat naik semula di laman TikTok baru-baru ini apabila perbualan seorang kanak-kanak perempuan bersama ibunya menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Hilang terus kelembutan bila ibu cakap 'tak cantik'
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @deepa, kelihatan kanak-kanak itu sedang berada di dalam kereta bersama ibunya.
Dia yang dilihat sedang memegang lipstick bertanya kepada ibunya sama ada dia cantik atau tidak sambil melentokkan badannya.
Namun, apa yang menghiburkan adalah apabila sebaik saja ibunya menyakat berkata "tak cantik", si cilik itu pantas membalas "tak cantik? apa mama cakap? tak cantik?" sambil membuat reaksi muka geram.
"Amboi kau dik, payah boyfriend nak jaga nanti ni haha" - Warganet
Selepas video itu kembali tular sehingga kini meraih 1.3M tontonan, 112.2K tanda suka dan 15.2K perkongsian di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat reaksi si comel itu yang disakat ibunya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok: