seismik

[VIDEO] "Perangai" - Minta Rakan Tolong Printkan Gambar, Sekali Hasilnya Pula Macam Poster

Ni kes member terlalu baik hati ni.

Cover image via @thedancinggayyy (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sudah menjadi kebiasaan untuk kita mencetak dokumen-dokumen penting bagi tujuan tertentu

Sebagai contoh, sijil dan dokumen untuk menghadiri temu duga atau untuk memohon pekerjaan.. Oleh sebab itu, mesin pencetak merupakan salah satu alat yang penting. Namun, bukan semua orang mempunyai mesin pencetak di rumah.

Sama seperti video tular di TikTok yang memaparkan seorang gadis meminta tolong rakannya untuk mencetak dokumen penting tetapi hasilnya mencuri tumpuan netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

@thedancinggayyy

bila kau minta tolong kawan kau print barang, HARAMJADAH SIKPAT BESAR GIK KAH

ini banggang jenis apa - Little Peas

Minta rakan untuk tolong cetak gambar, sekali gambarnya besar seperti poster

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang pergi ke rumah rakannya untuk mengambil dokumen.

Apa yang lebih melucukan lagi adalah sebaik saja rakannya itu menyerahkan dokumen yang dicetak, dia kelihatan ketawa berdekah melihat gambarnya dicetak terlalu besar seperti poster orang yang hilang.

Dengan berkapsyenkan "arwah dulu cantik orangnya" pada gambar yang besar itu, ia berjaya bikin netizen dekah. Bukan setakat itu, malah gambar kad pengenalannya juga dicetak menggunakan saiz A4. Dia juga sehingga menggelengkan kepala dan terhibur dengan rakan yang menolongnya itu.

"Dah la gambar hitam putih, tinggal letak frame je, perangai betul kawan tu" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan galagat rakannya itu. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 407K tontonan, 56K tanda suka dan 834 komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada TikTok: 

Aduhai kelakar lah, dahlah member nak pergi interview kerja! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: