seismik

[VIDEO] Tular Frontliner Sekali Lagi Hiburkan Penduduk Buat Netizen Sebak. Salute!

Terima kasih frontliner, jasamu dikenang.

Cover image via @__nuramiraaa2 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum mengetahui bahawa negara kita sedang dilanda penularan wabak Covid-19

Disebabkan itu, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) telah dilaksanakan di beberapa kawasan yang berisiko. Mereka yang berada di kawasan PKPD dipantau dan diselia oleh frontliner bagi tujuan melakukan ujian swab dan nasihat kesihatan. 

Tular baru-baru ini video di TikTok tentang frontliner menghiburkan para penduduk di sebuah kawasan mencuri perhatian netizen. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@__nuramiraaa2

Tamat dah pkpd pangsapuri sri ayu , trima kasih fortliner smua smoga korg sihat selalu#fortlinerdancechallenge

bunyi asal - ANN - ANN

Tidak penat berjoget dan menari dengan berpakaian PPR untuk hiburkan penduduk

Menerusi video yang dimuat naik oleh @__nuramiraaa2 di laman TikToknya, kelihatan kawasan mereka yang merupakan Pangsapuri Sri Ayu berada di fasa PKPD.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila frontliner yang berbaju PPE berjoget dan menari di kawasan lapang untuk hiburkan para penduduk.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@__nuramiraaa2

Hahaha lawak lah diaorg nie mmg terbaik sporting teruk

DJ BTS - j u a

"Mereka dah terlalu penat bermandi peluh, biarkan lah mereka hilangkan lelahnya" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan usaha frontliner itu. Malah, ramai yang sebak apabila melihat mereka mengingatkan pengorbanan yang telah dilakukan untuk negara.  

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 7.9M tontonan, 614K tanda suka dan 9K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Sebak pula tengok mereka. Terima kasih atas pengorbananmu, para frontliner! <3

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: